Hanya Renungan

Hanya Renungan
merenung bukan bermakna lalai, tapi merenung mencari sebuah jawapan

Tuesday, December 23, 2014

Menakutkan?!

 Kali ni aku ada satu cerita suspen sikit, memang buat aku rasa tak sedap badan jer sampai sekarang. Macam ni, aku nak ceritakan, benda ni berlaku pukul 2.30 pagi tadi, memang masalah betol tummy aku ni buat perangai, mintak diisi, aku pon macam biasa lah, hidupkan motosikal aku, aku bawak sampai ada satu kedai makan ni, agak terkenal jugak lah kan, tapi malas lah aku nak cakap kedai mana, biarlah rahsia.. hahaha (sempat lagi gelak).

 Aku macam biasa lah order je lah apa aku nak makan, tiba-tiba datang satu mamat ni, dia keja kat situ lah kan, dia tanya aku, "bro, polis ek?" aik??!! aku nak santap tak senang, tiba-tiba datang plak mamat ni tanya macam tu... "tak lah, keja kampung-kampung jer" sambil aku menyambung makan aku.

 Ish!! Mamat ni nak borak lah plak, aku niat nak makan habis, pastu aku nak belah, Dia cerita pasal diri dia, lastly dia cakap kat aku, dia orang Thailand, tak ada IC.. HAH patut lah tanya aku polis ke imigresen ke ape.. halah.. aku dah mula rasa tak best dah, Dia tanya numb phone aku, aku kasi bisneskad aku lah kat dia, pastu dia miss call lah macam biasa.

 Akhirnya dia dah berkelakuan pelik, dia shoot gambar aku ngan phone dia, HAIK?! apahal dia ni, Aku memang tak selesa lah dengan kelakuan mamat tadi, memang buat aku tak sedap duduk, aku bayar makan aku, aku terus belah lah dari kedai tu sebab jam dah kul 4.00 pagi, kedai tu pon dah nak tutup, thats why aku amik kesempatan, bayar dan lari, sebab kalau tak, mamat tu akan duduk kat meja aku sampailah bila pun aku tak akan tahu...

 korang tak payah tanya lah, memang aku dah tak ada keinginan dan kehendak dah aku nak pergi kedai tu, memang x akan terpijak, dan aku akan try block number dia lam sematfon aku, haih, memang buat aku serabut, sampai sekarang pun aku masih lagi rasa tak selesa. Terima kasih mamat yang buat aku tak selesa... i owe u 1~

-errrrr baru habis layan anime Hyouka (22 episode), nanti post akan datang aku cerita sikit lah pasal anime ni~
-errrr feel ngantok yang amat, hehehe(tu pon nak cakap ke?!) walaupon hati gundah gulana...
-terasa betapa bodohnya...kenapa aku kasi numb aku kat mamat tu???!!!!!




Wednesday, December 17, 2014

Elok Lah Sangat!

Haaaa, meh nak citer skit benda yang berlaku dalam hidup kita seharian, Boleh dijamin lah kan bahawasanya benda ni memang akan ada terjadi dalam hidup kita.. Hadoi.....

 Ok, macam ni, ada lah petang semalam, nak dijadikan cerita, aku pergi dekat satu pasaraya yang agak terkenal lah jugak kat Malaysia ni kan.. pasaraya tu memang dekat jer dengan rumah aku, barang basah, barang kering, barang dapur, barang keperluan, makanan, pakaian dan banyak lagilah bak hang.. (sempat lagi iklan skit... hahaha).

 Aku naik kat tingkat atas pasaraya ni (pasaraya ni ada satu tingkat je belas atas) untuk cari USB Flash Drive (alah pendrive jer). Nengok punye nengok ok lah aku jumpe lah benda yang aku nak tu, diletakkan dalam almari cermin lah kan. ada satu awek ni dia keje jaga barang2 elektronik (macam cashier la kot) kat situ bersama dengan 2 orang lagi pekerja yang sama bidang lah dengan dia mungkin. Aku tunjuk lah "Pendrive Kingston 16GB" tu yang aku nak beli, (keperluan kerja) awek tadi pon bagi lah dekat aku, aku pon bratur lah kat kaunter sebab aku nak bayar pastu aku nak belah la kan, jalan punyer jalan, salah seorang dari kawan awek tadi datang kat aku," Encik, encik tak boleh bawak barang ni melolong macam tu jer encik, benda ni kami yang buat resit dan letak kat kaunter depan tu encik!" katanya. Hamboih!! Garang bebeno minah ni, pastu selamber lah aku jawab " Puan....(walaupun muke muda macam taraf cik, tapi sebab perangai macam tu, aku panggil puan~) ni kawan puan yang bagi saya pegang, pastu bayar kat kaunter, salah ke saya puan..." hahaha ape lah macam2 jer ngan minah ni, Dia terus jer kat awek tadi, marah2 awek tu, kesian plak aku bila tengok, tapi aku tak ambik port sangat lah. Pastu minah tadi datang dengan muka penuh 'senyuman' bagi kat aku resit untuk aku bayar barang aku tadi, "Dah sampai bendera ke minah ni sorang.. Ish, adab tak der" tu lah yang hati aku cakap.

 Ok, habis part 1, tiba masa untuk aku bayar, terpampang indah "kaunter ekspres 10 barang maximum" dekat kaunter yang aku nak bayar tu.. Dush! Sentap gak aku, orang depan aku ni siap troli, penuh menggunung, Cantek sangat perangai dia, Hahaha. Panas jugak lah aku ni kan, tapi sabar jer lah, TIBA-TIBA "Whoi Excuse Me Mister Selfish! Tak pandai baca ke?! ni KAUNTER EKSPRESS BARANG UNDER 10! SAYANG PAKAI KEMEJA TAPI TAK PANDAI BACA!"  orang blakang aku (muka ala-ala datin) sound direct jer, hahaha! Satu barisan gelakkan dia, Ibarat dibogelkan dikhalayak ramai, si laki depan aku dengan trolinya keluar barisan n p bratur kat kaunter biasa, hahahhaa.. Macam2 aku jumpa orang dalam tempoh masa yang singkat, hahaha, entah apelah diorang punya perangai.

 Seorang Cashier Rimau, sorang lagi pengguna/pelanggan yang pentingkan diri sendiri (Sellfish) mentang2 kaunter ekspress tak ramai, seronok pulak dia dengan troli datang.. halahhhhhh~ hahaha

 Semua ini always terjadi dalam hidup kita, kena pandai handle lah kan.. sebab Allah bagi kita akal, bagi kita Hati untuk membuat sesuatu keputusan, betul tak.. hahaha

- apsal aku banyak gelak posting kali ni??
- pasal melalot (bahagian 2) haaaa korang tunggu jer lah,nanti ada lah tu, haha
- ada pembaharuan sikit kat sini, harap tak mengganggu readers sekalian :-)





Sunday, December 14, 2014

Masa Untuk Melalot (bahagian 1)

Haaaa
 Disaat aku melalui kiekejaman masa dengan bertonggeng terbalik, terguling-guling, dan terlompat pon sudah, ni adalah masa untuk aku melalot sikit kat blog ni, hehehe

 Tak payah risau lah, bukan melalot benda yang tak ada faedah,hahahaha aku ada lah nak bincang sikit pasal something yang aku minat ni,

 Aku ni seorang yang betol2 minat kan anime, anime ni dah macam sebati lam hidup aku, tetapi ada juga sesetengah jenis anime yang aku tak minat., contohnya hentai, jenis yang robotik skit tu memang tak berapa nak tengok sangat lah. ada juga jenis anime yang mampu buat aku daripada tak minat jadi minat, horror/thriller memang aku tak minbat, tapi ada satu ni anime ni memang buatkan aku jadi minat, tajuk crita dia Tokyo Ghoul, adalah satu kenalan FB aku yang kenalkan, tengok terus melekat, but crita ni memang tak banyak episode, dan anime ni ending dia tergantung (maybe nak masuk musim kedua yang ntah bile ntah nak keluar). but cerita ni memang terbaik lah... aku crita skit kisah anime ni, dia ni cerita pasal seorang budak lelaki (Kineki) yang suka pada seorang gadis (Rize) yang selalu lepak kat satu cafe ni, Rize ni sebenarnya bukan manusia, tapi sejenis makhluk yang digelar Ghoul, Ghoul ni adalah sejeni makhluk yang hanya makan darah dan organ manusia sahaja, dan makanan/minuman yang hanya boleh diminum oleh Ghoul adalah kopi sahaja.

 Dalam Kineki tidak sedar, dia sudah menjadi target Rize untuk menjadikanya santapan. Rize menggunakan kepakarannya untuk menjerat Kineki untuk dijadikan santapan kerana Rize tahu Kineki memang menggilainya. pada satu malam Kineki hampir berjaya menjadi santapan oleh Rize, namun begitu, Rize berjaya dibunuh oleh satu makhluk Ghoul yang lain (aku lupe dah sapa yang bunuh Rize), dalam masa yang sama, Kineki juga hampir mati.

 Dalam tak sedar, Kineki telah diselamatkan oleh seorang dokter yang dalam masa yang sama adalah tauke cafe yang dia selalu lepak tu( tak silap aku lah), beberapa hati kemudian Kineki dibenarkan pulang (masa dia sakit tu dia kat hospital lah kot, ataupun klinik tak silap aku). dia berasa terlampaulah lapar.. Dia cuba makan makanan yang diberi oleh kawannya, namun keadaan semakin menambahkan konflik kepada Kineki apabila dia tak mampu makan makanan2 tersebut.

 Sini aku skip sikit, nak dijadikan cerita, kebanyakan organ dalaman Kineki dah ditukar dengan organ Rize, disebabkan kecederaan yang teruk, dan disebabkan itu, Kineki dengan automatiknya telah menjadi Half Ghoul. Rupa-rupanya dokter yang menyelamatkan dia tadi adalah Ghoul jugak rupanya, tapi jenis vegetarian la kan ( vegetarian ni dia makan manusia jugak, tapi jenis yang makan manusia yang bunuh diri, tak menyerang orang sesuka hati).

 Kehidupan Kineki berubah 360darjah, dia hanya mampu minum kopi dan bila terlalu lapar saja dia akan makan "bekalan" yang disimpan, iaitu potongan2 organ manusia,  dia tak sampai hati untuk makan manusia...

 Dalam kehidupan dia yang sudah mula berubah itu, Kineki mula bekerja di Cafe tadi bersama-sama beberapa Ghoul vegetarian yang lain termasuk ada satu awek Ghoul ni yang selalu jugak lah tolong Kineki ni nama dia Touka. Seterusnya kalau korang nak tau penghujung ceritanya yang tergantung tu, rajin2 tengok sendirilah k..

 hehehe  dalam post akan datang aku cube lalotkan anime lain plak, hehehe syok plak aku type, x pasan panjang plak kan, hahahah rajin2 lah kamuorang baca ya.. hehehe

Thursday, December 11, 2014

LAMANYA!!!

Peargh!!!!
 Lama sangat dah ni x update blog ni, hahahaha, sebuk sangat, dah lima bulan tak sempat nak update, sorry la followers dan readers sekalian, hahaha tak sengaja...

 Namun begitu, Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk aku update  blog ni.. Terlalu banyak kerja dalam masa lima bulan lepas.Ternyata kesibukan ini aku aku membantu membantu keluarga dalam meringankan sedikit beban papaku,

 Walaupun keadaaan kewangan selalu menjadi masalah dalam keluarga aku, namun untuk lima bulan kebelakangan ini, terlalu besar masalahnya, ternyata ini adalh ujian dari Allah. Namun aku berbangga dengan keluarga aku yang tidak pernah mengeluh dengan ujian dari Allah ini..

 Aku juga baru dapat siapkan satu album satu pengantin yang luar biasa peramahnya, haha.. Tapikan.... sekarang dah tak banyak sangat kerja... Dah datang dah satu perasaaan bosan, hahaha Aduh, macam mana la tiba-tiba datang perasaan bosan ni, hahaha

Untuk sahabat maya aku yang terserlah misterinya (Edo Hayra), hahaha sorry Edo, tak sempat nak update, sekarang baru ada masa, lepasni, akan cuba curi masa untuk update, InsyaAllah.. Tau, Edo pon banyak sibuk sekarang.. hahahah

Friday, June 6, 2014

Giveaway Jun by Syira Lokman





try lah kite same2 meriahkan Giveaway Jun ni... tapi ada syaratnya... click untuk maklumat selanjutnya~

Monday, June 2, 2014

Wow terlalu lama

Peargh!!
memang ternyata terlalu lama aku tidak mengemaskinikan blogku ini, haha tak prasan pulak.. sebulan sudah.. haha.. terasa bosan lalu ku nukilkan lagi apa yang tersimpan di benakku, perkara ini aku ceritakan, kerana ada satu sahabatku yang seakan mahu mengetahui sesuatu dibalik sesuatu.. Erm, aku tidak akan menanyakan kenapa dia mahu tahu pasal ini.... "cerita random pasal cinta".. aku bakal ceritakan kisah aku bertemu seseorang yang bakal aku nikahi, itu saja, maybe no first love story today.. hahaha

***********************************************************************
 Pada suatu petang,  aku terasa mahu jogging sambil mengelamun dalam kawasan tempat aku belajar. Ternyata ini baru masuk minggu kedua aku dalam semester akhir, (ditempat aku belajar ada 2 semester aja, heheh). terlihat kelibat ramai junior yang sedang beriadah merata-rata.. Tiba-tiba " abang senior!" aku pandang blakang..Oooo rupanya junior aku baru mula berjogging bersama seorang kawannya. Aku hanya senyum, aku memang jenis yang tidak banyak bercakap sangat.. "abang nama cipot ek??" dia tanya aku tentang nama gelaranku.. aku senyum lalu aku betolkan.. "Sedot bukan Sipot". dia seakan malu sedikit. aku teruskan jogingku
 Beberapa hari aku berjogging bersama dia, ternyata terserlah sedikit keperibadan dia, periang, clumsy, dan bertanggung jawab.. kitorang seperti sedikit rapat... Dia senang dengan cara aku... namun aku tidak terfikir bahawasanya aku akan jatuh cinta dengannya, aku hanay menganggap dia seorang kawan kepadaku..
 Pada satu malam yang agak stress bagi aku, sedang aku baring di tilam 2 tingkat dalam dorm aku sambil aku SMS ceritakan masalah aku kat dia (ternyata masalah itu mengganggu konsentrasi aku untuk belajar pada masa itu). Dia seakan memahami aku... dan dia seakan tahu betapa perit aku rasakan menanggung masalah itu pada malam itu.. lalu dia menalifon aku.. lalu terpacul dari bibirnya mengatakan sesuatu yang membuat aku terpaku dan terkedu.... "awak, saya tak mau awak stress macam ni, saya sayang awak, saya suka bila tengok awak senyum.. kalau awak sedih macam ni, macam mana saya nak tengok senyuman awak.." aku terpaku.. ternyata benih cinta terus bercambah.. dan kitorang meneruskan hubungan kami sehingga sekarang, ternyata x ada yang lamar antara satu sama lain, tiba2 terus bercinta, hahaha, kelakar, namun itu hakikatnya... haha... harap cerita ini memberi sesuatu kepada sahabat aku yang mahukan cerita random pasal cinta ni.. hahah

Friday, May 2, 2014

Terlintas lalu teringat

Peargh.... Tika dan saat ini aku masih lagi melaksanakan kerja, ternyata sesuatu yang sedikit membawa tekanan dan kepenatan.. 2.20 pagi, haha, masih belum keluar aku ini... Terasa mahu keluar seketika untuk menenangkan fikiran.. Tiba-tiba aku teringat saat aku bersama dia dulu, masa aku dibangku sekolah.. ternyata dia adalah wanita pertama yang mengajar aku erti cinta dan erti jatuhnya air mata duka..

***********************************************************************
 Sebelumnya aku sudah bercinta namun cinta yang tiada cinta, hanya berhubungan tanpa perasaan, kerna aku masih tidak mengenali cinta... Di satu hari yang cukup memenatkan aku di sekolah.. ternyata aku seorang yang sedikit sibuk... dalam keadaan serabai aku melalui kelas dia yang saat itu tiada guru dikelasnya.. aku berpaling kepadanya, ternyata dia memandangku lalu senyum kepadaku, aku menggelabah dan teruskan berjalan... ternyata aku masih gugup dalam bercinta disaat itu... After school hour, aku dah pack barang dalam beg aku, dan aku perlahan-lahan berjalan keluar.. "Patung, Kejap!" aku menoleh... owh rupanya I.S yang memanggil.. aku menunggunya untuk berjalan sama-sama untuk pulang.. "Nampak penat jer hari ni" dia katakan padaku sambil tertunduk.. (kitorang tidak pernah berbual pandang mata jika situasi itu tidak memerlukan aku dan dia memandang, kecuali saat aku dan dia study dan bercerita tentang madah dan cinta). "Penat sikit dari biasa, kenapa?" aku menyambung perbualan. "kalau ye pun, tak payah lah muka sampai serabai macam tu, kelakar plak tengok" sambil I.S ketawa kecil. "Memang serabai sikit hari ni" aku tersenyum. aku menghentikan langkah. dan biar dia setapak kedepan lalu..." I.S! Pandang sini kejap" kataku, Dia toleh sambil menunjukkan reaksi wajah tertanya-tanya. Belum sempat dia membuka mulut, aku sudah mulai dulu menyatakan sesuatu sambil aku pandang tepat kematanya yang penuh cahaya... "I.S tau tau, saat Patung penat tadi Patung pandang I.S, kurang sikit penat Patung, senyuman I.S memang mampu membawa pelangi dalam hati Patung" sambil aku senyum. I.S senyumlalu sedikit ketawa dan pegang erat buku teks ditangannya.. "Patung ingat ni sampai bila-bila, kalau saat Patung sedang dalam penat, sedang dalam letih, Patung bayanglah wajah I.S, dan I.S akan hilangkan penat Patung tu.. Ikhlas... sampai bila-bila..." ternyata katanya itu memberi aku satu tamparan... dan ternyata sampai sekarang aku masih lagi teringatkannya saat aku kepenatan dan keletihan.. dan ternyata dia akan kurangkan penatku... dan aku sentiasa ingat satu kata darinya yang sentiasa buat aku menitiskan air mata.. "Patung.... Jika suatu hari kita sudah tidak bersama, walau dalam apa-apa situasi sekalipun, I.S nak Patung tau yang I.S akan sentiasa merindui Patung, dan I.S nak Patung pejamkan mata saat Patung teringatkan I.S, sebeb I.S nak Patung tau disaat Patung terpejam, masatu I.S juga sedang pejamkan mata untuk bertemu Patung... sebab jika tiada jodoh untuk kita, cinta Patung tetap akan sentiasa tersisa di hati I.S..." dan ternyata aku sudah jatuhkan ai mataku saat sekarang ini, saat aku mengukir warkah ini...

Friday, April 18, 2014

Terkisar sebuah waktu

Hari tu aku ada post pasal detik bahagia untuk ku... ERM... nothing happens... aku masih menunggu, ternyata Allah tahu apa yang terbaik untuk aku, ternyata Allah masih lagi mahu menguji kesabaranku, dan Alhamdulillah aku terima dengan hati yang tabah, aku redha dengan apa yang telah Kau rencanakan kepadaku Ya Allah.. aku hanya kerdil, terkadang mata ini tercurah dan berkaca dek ujian dariMu ya Allah, namun aku tetap sabar, Aku tahu Allah mAhu yang terbaik untukku, aku simpan tangisan ini sendiri, tidak akan ku kongsikan kesedihan ini, ternyata aku masih kuat untuk menerima ujian ini dari penciptaku Maha Besar Allah.. hanya disini terlakar segala apa yang aku rasakan, kerna aku tahu sahabat maya mampu mendalami perasaanku yang terkadang dalam sukar dan sedetik dalam bahagia... terima kasih segalanya......

Tuesday, April 8, 2014

Khabar Yang Tercipta

Tipulah kalau aku kata benda yang bakal aku ceritakan ni tak akan membahagiakan aku.. Minggu lepas sedang aku berborak dengan papa aku, ternyata satu tajuk telah menyentapkan aku. " Tengoklah dalam hari selasa minggu depan papa ngan mummy akan pergi 'ikat' Dia untuk abang ". Terkesima aku seketika,ternya aaku terasa sunguh bahagia, ternyata aku dah lama berharap benda ni, tapi bajet masa dengan kos tidak mencukupi, ternyata parent aku bercadang untuk menaja aku untuk hal ini... Berbunga, bahagia, ria, dan banyak lagi perasaan yang menerjah kedalam jiwa aku ini. perkara yang aku harapkan bakal menjadi kenyataan. TETAPI... aku tidak harus harapkan sebuah gunung, maksud aku, aku tidak [erlu berharap melebih-lebih, ternyata perkara ini masih tidak sahih lagi. dan aku tidak harus bercerita tebal-tebal kepada sesiapa pasal hal ini masih tidak comferm lagi, aku hanya mampu tersenyum buat masa ini dan andainya perkara ini tidak benar, dan tak jadi, aku harus redha dan menunggu lagi, dan aku faham serta redha dengan ketentuan ini, ternyata ALlah lebih tahu masa yang sesuai dan apa lebih baik untukku, buat masa sekarang aku hanya mampu menunggu dengan hati yang penuh tanda tanya...

Saturday, March 22, 2014

Hari Istimewa

sajer jer nak nak cakap hari ni adalah hari yang special untuk aku,AlhamduliLLAH sebab Allah telah memberi aku ketenangan setelah Dia mengujiku dengan hebat, ALhamdulillah. So sekarang kembali menyambung Fullmetal Alchemist, hihihi. Anime,anime dan anime, special person pon x paham dengan apa yang aku minat ni. walaupun begitu aku masih ada kawan yang masih memahami dan meminati apa yang aku minat, kalau ikotkan hati, nak jer pergi pinang beliau, hehehe gurau jer, lagipun kitorang ada minat yang sama, x ada lah aku nak rosakkan tali persahabatan aku dengan dia, hahha mesti dia pun ada baca apa yang aku updatekan kali ni, sorry, gurau jer tau, hehehe. Rasa nak citer sikit pasal Fullmetal Alchemist ni (walaupun ramai yang dah tahu) banyak sangat konflik, sampai ada part yang terlampau sedih dan ada part yang terlampau serious, banyak berkisar pasal goverment dan mainan kotor dalam kerajaan, dia, pergh, best. memang layan

Thursday, March 20, 2014

Usia Lagi?!

Ok2 memang ni kali kedua update blog hari ni, terbaik! Memang celaru! memang sakit sangat hati ni!! Aduhai!! Ada yang si belagak mahu menunjuk pandai depan aku, konon memberi nasihat (aku memang tak suka nasihat dari dia, selagi dia masih belagak begitu) Ternyata aku tdak kuat! aku memang ada masalh dengan parent aku, aku memang dalam dilema lagi dengan sikap parent aku yang selalu meperanak kecilkan aku, sentiasa mengongkong, menghala telunjuk terhadap apa yang perlu dan apa yang tak perlu aku buat, sedangkan aku sudah matang untuk memilih jalan aku sendiri! Menjemput aku untuk ke sesuatu tempat, menjadi masalah bila aku menolak, sentiasa kena mengikut, sekaki, aku sudah besar, sampai bila aku harus mengikuti semua hal ini?! Argh! Bila aku harus keluar dari kelompok yang membuat aku terkongkong ini! Ya Allah, percepatkanlah jodohku Ya Allah, Engkau tahu niat aku dan Engkau tahu sebabnya, percepat jodohku agar InsyaAllah aku terkeluar dari golongan anak yang menderhaka ya Allah. Hanya ini jalan yang aku tahu YA Allah, Nescaya bercambah rezki dariMu Ya Allah, Aku terlalu meyakini ini ya Allah. Amin~ Aduh Ya Allah berilah aku ketenangan dalam menghadapi segala ini Ya Allah.... Aku hanya kuat bila aku dalam redhaMu Ya Allah.. Berilah redhamu itu kepadaku Ya Allah... aku mohon tenang dariMU Allah...

Usia?

Apakah aku ini 23? Atau aku 22? Erm mungkin 21? Ataupun aku ini 16??? Sentiasa dilayan seperti anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Dulu sudah terjadi namun kini masih terjadi. Bila harus aku dilayan sebetulnya? Bila harus aku dilayan seperti mana sepatutnya? Mengapa harus dikongkong sebegini rupa? Ternyata dikongkong ini amat menyakitkan dan memalukan, aku bukan budak kecil. Hah? Memang pernah aku aku dilayan seperti mana sepatutnya, namun untuk sedikit hal saja. Mengapa tidak aku dibebaskan, dibuka rantainya, dibuang kurungannya disaat aku memilih jalanku? Aku ini bukan sikecil bodoh yang jalannya mahu diajar sedikit dan sedikit. Aku sudah matang dalam memilih jalan hidupku, aku sudah tahu mana yang baik dan mana yang buruk untuk diriku. Sampai bilakah aku harus menanti saat aku bebas menjadi remaja. "PapaMami nak kau rasa zaman remaja kau, sebelum kau kahwin. Selepas kau kahwin kau dah tak dapat nak rasa dah" HA HA HA! Lakonan terbaik! Bukan niat menjadi durhaka, tapi kata-kata itu sepertinya hanya disebut diangin lalu saja, bila masa aku mencuba melayani saat remajaku, ada saja yang mereka utuskan "12.00am- balik! dah lewat macam ni pon tak balik lagi, kau ingat kau dah besar kau boleh suka-suka kau nak balik pukul berapa? Kau ingat kau besar kau dah tak perlu ikot cakap ibu bapa?!" memang bahagia bila mendapat SMS dari parent sebegini rupa. Erm, bila masanya mahu menghayati "ZAMAN REMAJA" bila "SMS PENUH KASIH SAYANG" selalu diutus setiap kali aku keluar, setiap kali aku bersama rakan, berilah aku ruang seperti yang dilakonkan dalam babak mematangkan anak tadi. AAARRGGHHH!!! Aku hanya manusia biasa, aku juga punya hati dan perasaan, aku juga ada rasa sakit, aku juga manusia, aku juga mahu ada ruang masaku sendiri! namun aku sentiasa tersenyum walau aku dalam banyak kesakitan, walau aku punya masalah tapi bibir aku tetap ukir senyuman disaat aku bersama rakan dan seseorang yang istimewa untukku, itu lemah aku, dan disini tempat aku meluahkan segalanya..

Wednesday, March 19, 2014

Kelam Kabut

Pearg! kelam kabut jer rase kehidupan ni beberapa hari ni, kerja tak banyak, namun perasaan serabut tu macam bertimbun je, aku tak tau kenapa, seperti ada yang tak kena satu dua hari ini. Fikiran rasa bercelaru, Alhamdulillah, mungkin ni ujian dari Allah, sifatku yang sentiasa tenang dan selalu tersenyum mungkin telah buat aku jadi sedikit ingkar kepadaNya, ini adalah cara Dia untuk kembalikan aku untuk dekat denganNya. Aduhai, semakin bertambah waktu, terasa semakin kelam, dan semakin gelisah. Dan terdetik juga, adakah aku adalah insan terbaik untuk menjadi seorang yang bergelar suami.. Atau aku masih lagi di takuk lama, dan masih perlu banyak mencari pengalaman dalam membentuk diri menjadi seorang insan yang bertanggungjawab. Aku ternyata terasa kurang yakin, kurang yakin untuk menjadi suami yang mampu membimbing seorang yang bergelar isteri. Apakah dia jodohku? itu juga sentiasa terngiang-ngiang di benakku, kerna aku rasa aku bukan yang terbaik untuknya. Kemurungan ini membuatkan aku banyak berfikir, dan membuatkan aku bimbang dan berfikir panjang untuk membuat sesuatu keputusan. Aku yakin ada sesuatu yang Maha Pencipta ingin sampaikan kepadaku, kerna Dia Maha Tahu, dan sudah dicatat apa yang bakal ku lakukan nanti. DushDush! Sedarlah wahai Encik Patung! Banyak perkara bakal berlaku, aku kena kuat!! aku mampu harungi ujian Allah ni!! Go Encik Patung Go!!!

Saturday, March 15, 2014

Hobiku Kepelikanku

Aku ada hobi plek skit sekarang, benda ni walau pun baru tapi boleh dikira sebagai dah lama lah sebab dah makan tahun dah perkara ni berlaku. Bila malam menjela, aku akan keluar dengan motosikalku, aku akan terus menuju ketempat biasa aku selalu pergi. Kat situ adalah restoran yang menyediakan shisha, dan disitu tempat aku melepak dan menghabiskan waktu malamku. Kadang-kadang sampai ke 3 atau 4 pagi. Ada kala aku menemani kawanku menyedut asap shisha disitu, itu bukan gangguan bagiku, sebab bagi shisha ni langsung tidak busuk seperti rokok, dan kawanku tidak merokok, hanya bershisha sahaja. Ops, bukan itu yang aku nak ketengahkan, sebenarnya kawan aku akan pulang jauh lebih awal dari waktu aku pulang, dan diwaktu ini, datanglah sifat aku yang sedikit pelik. Hanya berbekal segelas air, aku akan memerhati gelagat-gelagat pelanggan distu, sebab kebanyakan yang datang adalah berperangai pelik. Perkara tersebut aku lakukan dengan tidak risaukan pekerja disitu, sebab pekerja disitu semua sudah menjadi kawan aku, hahaha.. kesemua pelanggan disitu ada perangai yang berbeza, ada yang datang hanya untuk bergaduh dengan pasangan, ada yang nak berbual dengan bersuara lantang, ada juga yang datang macam aku (stalker), ada yang datang nak menyedut shisha, ada yang datang nak bercakap besar hahaha, ada yang berlagak nak mengajar pekerja kat situ lah, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang aku konon-konon minat tengok bola EPL kat situ,sedangkan aku kurang amek port bola Inggeris, sedangkan bola Malaysia jer aku layan (but anime is always is the first in the list), haha. Benda2 tu selalu menjadi penghibur malamku, kadang-kadang aku akan pulang selepas aku menolong diorang mengemas direstoran tu, hahaha Bushbush!! aku ni penyebok juga, namun aku ni senyap jer, haha.. Kalau kawan aku tak datang, aku cool saja lepak sorang-sorang kat situ. walaupun sampai pukul 3 atau 4... hahhaa

Friday, March 14, 2014

tersebak seketika

Sorry semalam x der update, haha, ni saya update petang2 ni sebab ada benda yang saya nak kongsi dengan pembaca. Semalam dalam jam 3.30 pagi (masa tu baru balik dari melepak) terasa mahu singgah di Seven Eleven, nak mencari kad prabayar, tersinggahlah saya disitu. Ternampak kelibat satu motosikal buruk di belakangnya penuh timbunan kotak yang tersusun rapi.. "MasyaAllah, jam segini masih lagi ada yang mencari rezeki di kaki lima, SubhanaAllah. "terdetik dibenakku, "mungkin pakcik ni baru datang kawasan ni barangkali" bisik hati. Sedang aku menunggu cetakan prabayar di kaunter Seven Eleven tu, meliar jugak mata mencari kalau ada 'pakcik' yang parkir motosikal didepan tadi, tapi tidak ku nampak. Yang ada disitu hanya seorang makcik tua, aku dan menjaga kaunter itu sahaja. Lagi menyedihkan,sedang aku melepasi pintu keluar Seven Eleven itu, tekaan aku itu salah, aku ingatkan pakcik, tapi seorang makcik adalah pemilik motosikal cabuk itu, sedang khusyuk melipat kotak di depan kaki lima itu.. Alangkah sebaknya aku, seorang wanita lingkungan 50-an sedang bekerja mencari sesuap nasi pada pukul 3.30 pagi!! AllahuAkbar!! sayu saja aku terasa disaat itu. "Baru balik kerja nak??" tersentap, makcik itu menegurku yang bertenggek diatas motosikal, kononnya sedang mengisi prabayar. "A'ah makcik" tak semena-mena aku terbohong akibat tersentap dari lamunan,"apa aku cakap ni??" kata hatiku berbicara. Hahaha sempat lagi aku.. Aku gapai sekeping note berwarna merah tertera lambang raja dan angka "RM10" dari slimbag aku, lalu aku berjalan ke motosikal makcik itu, aku berlakon seperti sedang mencari sesuatu, lalu aku meletakkan note RM10 tadi dekat dengan botol air mineral buruk didalam raga motosikal makcik itu, dan aku senyum kepada makcik itu lalu beransur pulang. "haraplah makcik itu perasan duit tu, mintaklah ringan sedikit hidupnya hari ini" hanya itu yang aku pinta dari Allah... Memang benda ni jarang berlaku delam hidup kita, tapi kita kena sentiasa ingat sesetengah perkara dan sesetengah benda tu walaupun berada dengan kita, tidak semestinya itu adalah rezeki kita, Allah deh tentukan segalanya, jika ada yang memerlukan, Ingatlah, jika kita ada disitu, kitalah yang diutuskan Allah untuk membantu insan yang mungkin dalam kesempitan... Wah2 dah macam kata2 Tok Adi Penggali Kubur jer, hahaha..

Tuesday, March 11, 2014

Macam macam ragam

Aduhai, teringat dengan kawan-kawan fb yang dipulaukan oleh aku, haha bukan sengaja dan bukan niat aku untuk memulaukannya, tapi bayangkan, pos didalam facebook, bersepah duit dalam genggaman, haha.. Dah memang aku yakini, memang MLM punyer kerja lah tu... hahah memang always annoying kalau dapat kawan macam ni, tapi lagi stress bila kawan rapat kita yang join benda ni.. Bila melepak, ada antara kawan2 yang nak tenangkan fikiran, but bila ada kawan yg MLM ni jadi no rest at all.. so kawan, aku tak salahkan kalau ko nak MLM atau nak jual kapal terbang sekalipun, anda kena ingat supaya anda tidak menjadi salah satu masalah bagi kawan anda.. hahah dah macam pengacara TV dah aku ni... wow sebelum aku lupa, aku sebenarnya malam ni terlalu stress, ada sedikit masalah, walau sedikit namun besar masalahnya, InsyaAllah akan ada cara untuk menyelesaikannya, GOOD LUCK TO ME!!

Monday, March 10, 2014

kembali

Tiba-tiba aku menjadi rapat dengan seseorang yang tidak ku kenal rupanya, suaranya. Namun setakat ini mampu untuk aku nyatakan bahawasanya dia telah berjaya memujuk jiwaku untuk kembali melakar cerita didalam blog ini. Dia juga seorang blogger, dan mungkin aku tidak se'popular' dia.. namun blog yang diupdate olehnya memang membuatku terhibur lantas membawa aku khayal dalam blognya... NO!! dia bukan blogger jiwang dude, yang jiwang hanye aku sahaja, dia jenis yang funky!! aku suka caranya, memang sejujurnya minat kami ada persamaan... hahaha nothing to say, but aku berminat dengan cara dia bersahabat dengan aku.. hahaha anime.. anime is the most important in my life right now, actually my work not the the way for me to forget all anime in my life.. haha