Hanya Renungan
Friday, March 14, 2014
tersebak seketika
Sorry semalam x der update, haha, ni saya update petang2 ni sebab ada benda yang saya nak kongsi dengan pembaca.
Semalam dalam jam 3.30 pagi (masa tu baru balik dari melepak) terasa mahu singgah di Seven Eleven, nak mencari kad prabayar, tersinggahlah saya disitu.
Ternampak kelibat satu motosikal buruk di belakangnya penuh timbunan kotak yang tersusun rapi.. "MasyaAllah, jam segini masih lagi ada yang mencari rezeki di kaki lima, SubhanaAllah. "terdetik dibenakku, "mungkin pakcik ni baru datang kawasan ni barangkali" bisik hati.
Sedang aku menunggu cetakan prabayar di kaunter Seven Eleven tu, meliar jugak mata mencari kalau ada 'pakcik' yang parkir motosikal didepan tadi, tapi tidak ku nampak. Yang ada disitu hanya seorang makcik tua, aku dan menjaga kaunter itu sahaja.
Lagi menyedihkan,sedang aku melepasi pintu keluar Seven Eleven itu, tekaan aku itu salah, aku ingatkan pakcik, tapi seorang makcik adalah pemilik motosikal cabuk itu, sedang khusyuk melipat kotak di depan kaki lima itu..
Alangkah sebaknya aku, seorang wanita lingkungan 50-an sedang bekerja mencari sesuap nasi pada pukul 3.30 pagi!! AllahuAkbar!! sayu saja aku terasa disaat itu.
"Baru balik kerja nak??" tersentap, makcik itu menegurku yang bertenggek diatas motosikal, kononnya sedang mengisi prabayar. "A'ah makcik" tak semena-mena aku terbohong akibat tersentap dari lamunan,"apa aku cakap ni??" kata hatiku berbicara. Hahaha sempat lagi aku..
Aku gapai sekeping note berwarna merah tertera lambang raja dan angka "RM10" dari slimbag aku, lalu aku berjalan ke motosikal makcik itu, aku berlakon seperti sedang mencari sesuatu, lalu aku meletakkan note RM10 tadi dekat dengan botol air mineral buruk didalam raga motosikal makcik itu, dan aku senyum kepada makcik itu lalu beransur pulang. "haraplah makcik itu perasan duit tu, mintaklah ringan sedikit hidupnya hari ini" hanya itu yang aku pinta dari Allah...
Memang benda ni jarang berlaku delam hidup kita, tapi kita kena sentiasa ingat sesetengah perkara dan sesetengah benda tu walaupun berada dengan kita, tidak semestinya itu adalah rezeki kita, Allah deh tentukan segalanya, jika ada yang memerlukan, Ingatlah, jika kita ada disitu, kitalah yang diutuskan Allah untuk membantu insan yang mungkin dalam kesempitan...
Wah2 dah macam kata2 Tok Adi Penggali Kubur jer, hahaha..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment