Hanya Renungan

Hanya Renungan
merenung bukan bermakna lalai, tapi merenung mencari sebuah jawapan

Saturday, March 15, 2014

Hobiku Kepelikanku

Aku ada hobi plek skit sekarang, benda ni walau pun baru tapi boleh dikira sebagai dah lama lah sebab dah makan tahun dah perkara ni berlaku. Bila malam menjela, aku akan keluar dengan motosikalku, aku akan terus menuju ketempat biasa aku selalu pergi. Kat situ adalah restoran yang menyediakan shisha, dan disitu tempat aku melepak dan menghabiskan waktu malamku. Kadang-kadang sampai ke 3 atau 4 pagi. Ada kala aku menemani kawanku menyedut asap shisha disitu, itu bukan gangguan bagiku, sebab bagi shisha ni langsung tidak busuk seperti rokok, dan kawanku tidak merokok, hanya bershisha sahaja. Ops, bukan itu yang aku nak ketengahkan, sebenarnya kawan aku akan pulang jauh lebih awal dari waktu aku pulang, dan diwaktu ini, datanglah sifat aku yang sedikit pelik. Hanya berbekal segelas air, aku akan memerhati gelagat-gelagat pelanggan distu, sebab kebanyakan yang datang adalah berperangai pelik. Perkara tersebut aku lakukan dengan tidak risaukan pekerja disitu, sebab pekerja disitu semua sudah menjadi kawan aku, hahaha.. kesemua pelanggan disitu ada perangai yang berbeza, ada yang datang hanya untuk bergaduh dengan pasangan, ada yang nak berbual dengan bersuara lantang, ada juga yang datang macam aku (stalker), ada yang datang nak menyedut shisha, ada yang datang nak bercakap besar hahaha, ada yang berlagak nak mengajar pekerja kat situ lah, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang aku konon-konon minat tengok bola EPL kat situ,sedangkan aku kurang amek port bola Inggeris, sedangkan bola Malaysia jer aku layan (but anime is always is the first in the list), haha. Benda2 tu selalu menjadi penghibur malamku, kadang-kadang aku akan pulang selepas aku menolong diorang mengemas direstoran tu, hahaha Bushbush!! aku ni penyebok juga, namun aku ni senyap jer, haha.. Kalau kawan aku tak datang, aku cool saja lepak sorang-sorang kat situ. walaupun sampai pukul 3 atau 4... hahhaa

No comments:

Post a Comment