Hanya Renungan
Thursday, March 20, 2014
Usia?
Apakah aku ini 23? Atau aku 22? Erm mungkin 21? Ataupun aku ini 16??? Sentiasa dilayan seperti anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Dulu sudah terjadi namun kini masih terjadi. Bila harus aku dilayan sebetulnya? Bila harus aku dilayan seperti mana sepatutnya? Mengapa harus dikongkong sebegini rupa? Ternyata dikongkong ini amat menyakitkan dan memalukan, aku bukan budak kecil. Hah? Memang pernah aku aku dilayan seperti mana sepatutnya, namun untuk sedikit hal saja. Mengapa tidak aku dibebaskan, dibuka rantainya, dibuang kurungannya disaat aku memilih jalanku? Aku ini bukan sikecil bodoh yang jalannya mahu diajar sedikit dan sedikit. Aku sudah matang dalam memilih jalan hidupku, aku sudah tahu mana yang baik dan mana yang buruk untuk diriku. Sampai bilakah aku harus menanti saat aku bebas menjadi remaja. "PapaMami nak kau rasa zaman remaja kau, sebelum kau kahwin. Selepas kau kahwin kau dah tak dapat nak rasa dah" HA HA HA! Lakonan terbaik! Bukan niat menjadi durhaka, tapi kata-kata itu sepertinya hanya disebut diangin lalu saja, bila masa aku mencuba melayani saat remajaku, ada saja yang mereka utuskan "12.00am- balik! dah lewat macam ni pon tak balik lagi, kau ingat kau dah besar kau boleh suka-suka kau nak balik pukul berapa? Kau ingat kau besar kau dah tak perlu ikot cakap ibu bapa?!" memang bahagia bila mendapat SMS dari parent sebegini rupa. Erm, bila masanya mahu menghayati "ZAMAN REMAJA" bila "SMS PENUH KASIH SAYANG" selalu diutus setiap kali aku keluar, setiap kali aku bersama rakan, berilah aku ruang seperti yang dilakonkan dalam babak mematangkan anak tadi. AAARRGGHHH!!! Aku hanya manusia biasa, aku juga punya hati dan perasaan, aku juga ada rasa sakit, aku juga manusia, aku juga mahu ada ruang masaku sendiri! namun aku sentiasa tersenyum walau aku dalam banyak kesakitan, walau aku punya masalah tapi bibir aku tetap ukir senyuman disaat aku bersama rakan dan seseorang yang istimewa untukku, itu lemah aku, dan disini tempat aku meluahkan segalanya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment