Hanya Renungan

Hanya Renungan
merenung bukan bermakna lalai, tapi merenung mencari sebuah jawapan

Sunday, December 14, 2014

Masa Untuk Melalot (bahagian 1)

Haaaa
 Disaat aku melalui kiekejaman masa dengan bertonggeng terbalik, terguling-guling, dan terlompat pon sudah, ni adalah masa untuk aku melalot sikit kat blog ni, hehehe

 Tak payah risau lah, bukan melalot benda yang tak ada faedah,hahahaha aku ada lah nak bincang sikit pasal something yang aku minat ni,

 Aku ni seorang yang betol2 minat kan anime, anime ni dah macam sebati lam hidup aku, tetapi ada juga sesetengah jenis anime yang aku tak minat., contohnya hentai, jenis yang robotik skit tu memang tak berapa nak tengok sangat lah. ada juga jenis anime yang mampu buat aku daripada tak minat jadi minat, horror/thriller memang aku tak minbat, tapi ada satu ni anime ni memang buatkan aku jadi minat, tajuk crita dia Tokyo Ghoul, adalah satu kenalan FB aku yang kenalkan, tengok terus melekat, but crita ni memang tak banyak episode, dan anime ni ending dia tergantung (maybe nak masuk musim kedua yang ntah bile ntah nak keluar). but cerita ni memang terbaik lah... aku crita skit kisah anime ni, dia ni cerita pasal seorang budak lelaki (Kineki) yang suka pada seorang gadis (Rize) yang selalu lepak kat satu cafe ni, Rize ni sebenarnya bukan manusia, tapi sejenis makhluk yang digelar Ghoul, Ghoul ni adalah sejeni makhluk yang hanya makan darah dan organ manusia sahaja, dan makanan/minuman yang hanya boleh diminum oleh Ghoul adalah kopi sahaja.

 Dalam Kineki tidak sedar, dia sudah menjadi target Rize untuk menjadikanya santapan. Rize menggunakan kepakarannya untuk menjerat Kineki untuk dijadikan santapan kerana Rize tahu Kineki memang menggilainya. pada satu malam Kineki hampir berjaya menjadi santapan oleh Rize, namun begitu, Rize berjaya dibunuh oleh satu makhluk Ghoul yang lain (aku lupe dah sapa yang bunuh Rize), dalam masa yang sama, Kineki juga hampir mati.

 Dalam tak sedar, Kineki telah diselamatkan oleh seorang dokter yang dalam masa yang sama adalah tauke cafe yang dia selalu lepak tu( tak silap aku lah), beberapa hati kemudian Kineki dibenarkan pulang (masa dia sakit tu dia kat hospital lah kot, ataupun klinik tak silap aku). dia berasa terlampaulah lapar.. Dia cuba makan makanan yang diberi oleh kawannya, namun keadaan semakin menambahkan konflik kepada Kineki apabila dia tak mampu makan makanan2 tersebut.

 Sini aku skip sikit, nak dijadikan cerita, kebanyakan organ dalaman Kineki dah ditukar dengan organ Rize, disebabkan kecederaan yang teruk, dan disebabkan itu, Kineki dengan automatiknya telah menjadi Half Ghoul. Rupa-rupanya dokter yang menyelamatkan dia tadi adalah Ghoul jugak rupanya, tapi jenis vegetarian la kan ( vegetarian ni dia makan manusia jugak, tapi jenis yang makan manusia yang bunuh diri, tak menyerang orang sesuka hati).

 Kehidupan Kineki berubah 360darjah, dia hanya mampu minum kopi dan bila terlalu lapar saja dia akan makan "bekalan" yang disimpan, iaitu potongan2 organ manusia,  dia tak sampai hati untuk makan manusia...

 Dalam kehidupan dia yang sudah mula berubah itu, Kineki mula bekerja di Cafe tadi bersama-sama beberapa Ghoul vegetarian yang lain termasuk ada satu awek Ghoul ni yang selalu jugak lah tolong Kineki ni nama dia Touka. Seterusnya kalau korang nak tau penghujung ceritanya yang tergantung tu, rajin2 tengok sendirilah k..

 hehehe  dalam post akan datang aku cube lalotkan anime lain plak, hehehe syok plak aku type, x pasan panjang plak kan, hahahah rajin2 lah kamuorang baca ya.. hehehe

6 comments:

  1. Edo baru je download tokyo ghoul.. Slepas disuggest by seorg senpai.. Tp xsempat nk tgk lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terbaik edo... melekat nanti.. hihihihih

      Delete
    2. hehe tgu lpas final la bru tgk kot.. skang tgh tgk shingeki no kyojin.. hahaha gigih tulis tajuk jepunnya

      Delete
    3. halah edo ni, attack on titan pon dah cukop, hehee yang tu pon best jugak, ending dia same ngan tokyo ghoul.. tergantung n bakal disambung ntah x tau bile, hahahha

      Delete
    4. Hahaha tp cita tu lmbat sikit bgerak.. Dh smpai episod 11 baru la bkembang sikit... Season baru tgh kluar.. Skang dh episod 4 kot

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete