Hanya Renungan

Hanya Renungan
merenung bukan bermakna lalai, tapi merenung mencari sebuah jawapan

Thursday, August 11, 2011

kenapa kau datang?

wahai mimpi ngeri semalam,
tahukah hadirmu memberikan aku harapan,
aku sudah ada yang memiliki,
namun hadirmu sering menggugat jiwaku,

sedetik hadirmu dalam ingatan,
membuat setiap malamku redup,
seluruh cerita cinta bertandang,
kisah cinta yang duka,

saat kau menduakan aku,
saat aku butuh indah cintamu,

sesungguhnya kau melukai,
namun aku tetap mengingatimu,
walau sudah ada yang menemani,
membelaiku disaat ini,

tolonglah pergi,
kerna aku tidak memerlukanmu lagi.

Friday, July 1, 2011

menjiwa

hati kadang-kadang mudah berubah. Walau hati berubah itu tidak bermakna cinta akn turut berubah. Cinta yang suci sukar beralun dengn hati yang mudah berbolak balik. Cinta bukan hati, dan hati bukan cinta, tapi cinta lahir dari hati yang ikhlas walaupun tidak mudah mencari cinta yang mampu membahagiakan, namun percayalah cinta itu ada. Bibir hanya pandai menipu dengan keegoan, tapi cinta dari hati melahirkan rasanya dimata. agar ia segar dan sentiasa bersih.

Monday, April 11, 2011

kau untukku

wahai cinta,
tersusun rapi indah kehadiranmu,
sejuta bahagia kau ukir untuk aku,
tersergam indah senyummu,
tercalit indah ukiran puisi cinta dihatiku,
hanya kerna kau yang mula menyempurnai hidupku.

wahai cinta,
kau lemparkan segulung pengorbanan,
kau curahkan sejuta ikhlas untukku,
kau sapu setiap titis kedukaanku,
agar kau dapat sentiasa senyum bersamaku.

wahai cinta,
limpah pengorbananmu sukarku tadahi,
cintamu terlalu tinggi,
sukar untuk aku melukakan hatimu yang suci,
tidak aku tinggalkanmu disaat aku sepi,
kerana aku hanya mampu berjanji.

wahai cinta,
memang kau dicipta indah untukku,
kau sentiasa memberi sinarmu,
hanya doa mampu ku ku kirimkan untukmu,
wahgai dewi cinta sejuta warna limpahan kalbu.

wahai cinta,
tidak aku akan meninggalkanmu,
kerna aku tahu kau hanyalah untukku......

Friday, April 1, 2011

derhakakah aku?

setelah wang aku perolehi, aku berkejar membelikan tiket untuk aku ke kuala Lumpur, hanya berniatkan ingin berjumpa sahabat-sahabat disana...

aku selitkan kata-kata bonda yang terluah dua tiga hari lepas ditelingaku, "kalau kau ada duit, aku tak halang kalau kau nak pergi KL", aku rasakan yang kata-kata itu membenarkan aku untuk ke sana, dengan bahagia aku pergi membeli tiket....

dalam tidak ku jangka, bonda sudah mula menggunakan kuasa SMS untuk memarahi dan mencemuh aku, katanya "kau dah kecikkan ati aku ngan bapak kau, apa guna kau pergi KL? maklumlah kau dah besar, mak bapak kau anggap tak penting, sampai hati kau titeskan airmata ibumu sendiri!"..

apa semua ni? apakah aku salah dengar dulu? atau hati ibuku memang selalunya suka berbolak balik? ADUH!!!! derhaka ke aku? dulu bonda membenarkan aku ke sana, dan sekarang ungkapan keras itu yang bonda luahkan, kenapa sebelum aku dapat duit bonda tidak luahkan perkataan seumpama itu? sehinggakan bonda tidak sanggup meratapi wajah aku, besarkah dosa aku?

bingungnya aku..... manusia memang sentiasa salah aku tau.... tapi wahai sahabat maya, aku ingin bertanya, derhakakah aku? sedang aku mengikut kata-kata bahagia bondaku dulu, lalu kini katanya berubah, berdosakah aku?

YA ALLAH BERIKAN PETUNJUKMU SEGERA YA ALLAH!

Tuesday, March 22, 2011

buku lampau...


wahai buku lampau,
mengapa kini kau datang bertandang?
adakah kedukaan yang kau ingin timbulkan?
atau kau hanya mahu menghantui aku?
atas segala kesalahan yang pernah aku lakukan dulu?

wahai buku lampau,
ingat,
kau hanya buku lampau aku,
kau tidak mungkin ada didepanku,
waktu sudah meninggalkan terlalu jauh dibelakang..

wahai buku lampau!
kau harus ingat,
berjalan tak mungkin kebelakang,
aku harus menempuhi hariku,
dengan mencoret setiap langkahku dengan buku baru,
buku yang mungkin lebih banyak halamannya,
buku ynag mungkin aku tulis setiap detik hidupku,

namun kau harus ingat wahai buku lampau,
kau masih aku simpan,
simpan ditempat yang terlalu selamat,
berkunci rapi didalam hatiku.....

baru ku sudahi....

speedlight sudah aku ambil, kerja sudah dilaksanakan
sedikit penat bila sudah aku siapkan satu kerja...
sedikit mengejar masa namun AlhamduliLLAH berduit.... tetapi! itu sekejap sahaja..
langsaikan sedikit hutang, namun masih bersisa, apapun dapat aku belikan diriku sedikit barang yangg menyenangkn aku.....






apapun harini adalah bezday bagi orang yang aku sayang... seharian aku tidak keluar... hanya untuk membahagikan masa aku sepenuhnya untuk insan yang aku cintai... aku dan dia terlalu jauh... jarak bukan masalah bagi aku dan dia... kejauhan yang mengajar aku erti rindu...

Thursday, February 24, 2011

mimpi

mimpi,
kaku aku merungkai maksudmu,
kadang kau datang dengan indah,
kadang kau datang membawa duka,
kadang kau datang penuh makna,
kadang kau datang hanya kelabu,

mimpi,
walau kau sering menemaniku,
namun tiada dapat aku mengusik bait hadir indahmu,
kau datang menemani tidurku,
agar sunyi beredar,
agar tidurku berteman,

mimpi,
kadang kau coretkan warkah duka,
agar aku kenal erti bahagia,
kadang kau ukir indah suka,
agar perit tidak aku rasa,
kadang kau isi dengan seribu makna,
agar jiwaku yang kosong terisi jua,
kadang kau hanya berdiam,
memahami aku yang kepenatan

mimpi,
tahukah kau,
coretan jelik ini aku ukir untukmu?
kau temaniku,
kau kenal aku,
kau yang tidak pernah mengeluh menemani sepi malamku,

mimpi,
hadirmu aku bahagia,
walau bukan bahagia yang kau isi sentiasa,
tanpa kamu aku tersiksa,


wahai mimpi,
temanilah aku sentiasa,
kerna kamu penuh makna,
kerana kamu jambatan impian...

Monday, February 14, 2011

aku seorang petani

tanah gersang....
hanya ini mampu untuk aku usahakan,
usahakan demi hidup,
penuh caci maki menempa di cupingku,
namunku tekap dengan seribu kesabaran,
kesabaran yang aku percaya akan mengangkatku untuk dijulang,

tanah gersang...
kini kau mula dibasahi hujan,
kini kau tiada lagi kering,
kini aku mampu bercucuk tanam,
aku mampu mengerah keringatku, demi sebutir beras,
sungguhpun kau menguji aku dengan kesabaran,
namun kini aku percaya,
kau mampu membantuku,
kau mampu membayarku dengan hasilmu,
hasil yang mungkin mampu untuk ku bahagikan,


tanah gersang...
kini kau tiada lagi gersang,
kini kau mula menabur bakti,
kini kau mula mengangkatku,
walau bukan sedikit,
aku percaya,
kau mampu membawa aku ke puncak,
puncak yang aku namakan KEJAYAAN....

Wednesday, February 9, 2011

dinar

aduhai malang nasibku,
ingin mengubah nasib hidup,
namun aku terkandas,
terkandas oleh dinar..
mengapa haruh aku jadi begini,
aku hanya ingin mengubah hidupku wahai Pencipta...
bukakanlah pintu hidayahmu,
agar aku dapat mengejar tangga-tanggamu untuk aku mendaki,
mendaki untuk menjadi sebuah boneka yang tempatnya hanya dibawah rentangnya kejayaan..

Sunday, January 30, 2011

sepi malam

dingin bayu malam menyentuh sekujur tubuhku,
ternyata gelap malam sering menemaniku,
kepedihan semalam mengajar aku erti kesabaran,
aku hanya menunggu, menunggu untuk mencari sebuah jawapan,
jawapan kepada semua kedukaan yang sering bertandang,
bertandang henya untuk menemani setiap langkah ku kedepan,

sepi malam,
adakah kau tahu betapa sunyi hidupku,
adakah kau tahu betapa aku memerlukan dia untuk mendamping jiwaku,
adakah kau tahu aku hanya inginkan sebutir kebahagiaan,
kebahagiaan yang tertanam di balik duka yang bagai butir pasir di pantai?
aku percaya, kau selalu ada denganku,
ada menemaniku,
tetapi adakah ini yang dinamakan kasih?
menelan seribu pahit,
meratah darah kedukaan,
meneguk tinta kesedihan,
ini perlu aku lakukan agar kasih yang dapat dirasakan?

aduh sepi malam,
mengapa hanya bisa yang aku pendamkan,
tidakkah bahagia yang aku tercari,
aku tahu aku tidak seindah kilauan sinar kecintaan,
aku tahu aku tidak sewangi kuntuman sayang bak mawar,
aku juga tahu aku tidak semerdu alunan kasih sayang,

sepi malam!
dekatkan aku padanya,
aku tidak berdaya,
dekatkan aku agar dapat aku sentuh kelembutannya,
agar dapat aku cium wangi baunya,
agar dapat ku kucup indah saktinya,
wahai sang teman,
hanya kamu mampu menawan,
mengukir seribu peringatan,
agar aku sedar,
apa yang aku tidak pernah memandang,
agar aku tahu itukah bait bait cinta...

Saturday, January 29, 2011

pedih..

sedang aku mula membuka mata, hati aku mula merasa tak menentu...
adakah aku akan mulai hidup ini dengan kedukaan...
ataupun mainan jiwa yang bergelodak minta dibelai...
langkah demi langkah aku susunkan..
namun jiwa maakin bergelodak...
puas aku berfikir, aku merenung jiwa aku..
seridu duka kini berdentum..
berdentum dengan hadirnya kepedihan..
aduh!!!
pedih amat duka yang aku rasakan..
kenapa perlu aku rasa pedih ini...
kenapa penangan luka semalam masih kau robek..
kenapa kau lakukan ini, lakukan dalam hidup aku..
nyatalah, aku bukan diciptakan untuk memikul pedih yang berat ini..
namun aku terpaksa...
sahabat.......
kenapa dibalik luka da pedih?
kenapa selalu ada duka?
aku tiada pernah menyalahkan takdir..
perkara ini tetap terjadi dan sudah terjadi,
mengapa terpaksa aku lalui...
mata aku mula berkaca..
deraian kaca mula menghempap hatiku...
kaca inilah yang menceritakan seribu kepedihan yang aku lalui..
namun hanya satu yang aku pegang..
"manusia takkan mengenal senang jika dia tidak merasakan duka"...

Thursday, January 27, 2011

nasib lagi

aduh...
kenapa aku rasa kosong, kenapa aku rasa macam kurang jer makna hidup aku ni....
sahabat, perlukah kita tenang untuk lalui hidup yang penoh pancaroba ni?
aku x tahu, kenapa perlu ada gadoh... kenapa perlu ada saat sukar yang perlu kita lalui... sedih ya ALLAH, sedih..

Wednesday, January 19, 2011

gaduh lagi...

aduh asyik gaduh jer kerje, ni yang x best ni, aku gram btol lah, ada adik un, baik x der adik!
dia yang lagakan aku nan mummy aku.. aku geram sangat....
aduh... nasib r.... kita kene sabar.. tu jer lah aku bagi tau kat hati aku
kenapalah nasib......

Monday, January 17, 2011

Syukur

erm... syukur, perniagaan mummy aku makin stabil..
n aku blh lah job kcik2.....
yg pnting halal...
aku just nk yg tbaek jer untuk hdup aku....
huh.... bezday knln aku un aku smbut smlm....
nk ckp happening tu x der r sgt, tp epy gax aku dpt gak bg hdiah.....

Friday, January 14, 2011

luang masa, tenangkan otak!

bosan sangat, malam kul 12 pagi kuar dengan kawan baik skolah aku, p snooker, minum2(kat warung) erm best gak, leh tenangkan otak, kawan aku jer lah yang kene saman, cian dier, lagi sorang pecut lari, pelik tol r... haha, ape lah, lawak kan...

Wednesday, January 12, 2011

survive kawan, survive...

hahaha,
aku sekarang mengisi kekosongan hidup aku ni dengan tolong mummy aku wat cupcake...
tenang jer kerja kat umah, tolong mummy...
haha, aku bukan senang mane pun, n yang best, aku nyer kawan ada nak bagi job skit kat aku, ish, halal job nyer...
boleh lah duit sikit untuk tampung aku nyer life...
erm, camni lah kalau nak hidup, kene survive,
x boleh harapkan orang, x boleh langsung percayakan orang..
salah percaya, silap2, jatuh kiter.... ingat tu sahabat!


sirdot =.='

Monday, January 10, 2011

berhenti sudah

aduhai, ape ke hal lah aku ni... berhenti kerje lak... sedangkan ok jer keje kat situ, ape da... kan da susah.... nak tak nak, keje dengan mummy jer lah... sonang...
ape lah nak jadi,..

apapun aku bersyukur, 2/3 dari gaji aku dapat bagi kat parent aku, kalau aku x bagi, sape lagi... ish... malam ni ingat nak kuar, tapi x tau lagi... ape pendapat korang????

Sunday, January 9, 2011

hutang oh hutang!

aduh... penat pk, ada yang berhutang xnak bayar un ada gak, korang cuber pk, mintak tolong kiter wat kijer, sanggup bayar... first2 katanya macam tu, tapi bila dah lama, lain lak. dah nak masuk 3 bulan dah utang x dibayar, pastu pandai lak main passing utang kat kawan, leh lak macam tu kan... ish aku rase baik wat contract lagi mudah kot.. x bayar saman terus...
aku dah lah x der duit, nak toup prepaid un menggigil, lepas ni x payah dah nak bagi orang utang2 ni, masalah...
aku bukan nak cakap aper, aku sendiri un takut nak bhutang, singgit due un dah rasa x sedap ati dah kalau bhutang, kalau yang kenal aku, tau r pangai aku macam mne..
aku ni susah nak bkeras sikit dengan orang, tu r senang orang nak kenekan aku....
pk balik, bangang gak aku ni... ish, apapun, aku akan cube, cube dapatkan duit...

Saturday, January 8, 2011

8 januari 2011

aku sudah mula mencoretkan cerita hidup aku disini, hm, susah aku nak cari duit, kawan2 aku sume dah keatas, mungkin aku sedikit lambat, bukan x dapat, tapi lambat, kadang2 aku pk klaka jugak bila pk pasal diri aku ni, ish macam x matang pun ada..... ape lah nak jadi ngan aku ni....

~(>_<)~