wahai cinta,
tersusun rapi indah kehadiranmu,
sejuta bahagia kau ukir untuk aku,
tersergam indah senyummu,
tercalit indah ukiran puisi cinta dihatiku,
hanya kerna kau yang mula menyempurnai hidupku.
wahai cinta,
kau lemparkan segulung pengorbanan,
kau curahkan sejuta ikhlas untukku,
kau sapu setiap titis kedukaanku,
agar kau dapat sentiasa senyum bersamaku.
wahai cinta,
limpah pengorbananmu sukarku tadahi,
cintamu terlalu tinggi,
sukar untuk aku melukakan hatimu yang suci,
tidak aku tinggalkanmu disaat aku sepi,
kerana aku hanya mampu berjanji.
wahai cinta,
memang kau dicipta indah untukku,
kau sentiasa memberi sinarmu,
hanya doa mampu ku ku kirimkan untukmu,
wahgai dewi cinta sejuta warna limpahan kalbu.
wahai cinta,
tidak aku akan meninggalkanmu,
kerna aku tahu kau hanyalah untukku......
No comments:
Post a Comment