Hanya Renungan
merenung bukan bermakna lalai, tapi merenung mencari sebuah jawapan
Friday, April 18, 2014
Terkisar sebuah waktu
Hari tu aku ada post pasal detik bahagia untuk ku... ERM... nothing happens... aku masih menunggu, ternyata Allah tahu apa yang terbaik untuk aku, ternyata Allah masih lagi mahu menguji kesabaranku, dan Alhamdulillah aku terima dengan hati yang tabah, aku redha dengan apa yang telah Kau rencanakan kepadaku Ya Allah.. aku hanya kerdil, terkadang mata ini tercurah dan berkaca dek ujian dariMu ya Allah, namun aku tetap sabar, Aku tahu Allah mAhu yang terbaik untukku, aku simpan tangisan ini sendiri, tidak akan ku kongsikan kesedihan ini, ternyata aku masih kuat untuk menerima ujian ini dari penciptaku Maha Besar Allah.. hanya disini terlakar segala apa yang aku rasakan, kerna aku tahu sahabat maya mampu mendalami perasaanku yang terkadang dalam sukar dan sedetik dalam bahagia... terima kasih segalanya......
Tuesday, April 8, 2014
Khabar Yang Tercipta
Tipulah kalau aku kata benda yang bakal aku ceritakan ni tak akan membahagiakan aku.. Minggu lepas sedang aku berborak dengan papa aku, ternyata satu tajuk telah menyentapkan aku. " Tengoklah dalam hari selasa minggu depan papa ngan mummy akan pergi 'ikat' Dia untuk abang ". Terkesima aku seketika,ternya aaku terasa sunguh bahagia, ternyata aku dah lama berharap benda ni, tapi bajet masa dengan kos tidak mencukupi, ternyata parent aku bercadang untuk menaja aku untuk hal ini... Berbunga, bahagia, ria, dan banyak lagi perasaan yang menerjah kedalam jiwa aku ini. perkara yang aku harapkan bakal menjadi kenyataan. TETAPI... aku tidak harus harapkan sebuah gunung, maksud aku, aku tidak [erlu berharap melebih-lebih, ternyata perkara ini masih tidak sahih lagi. dan aku tidak harus bercerita tebal-tebal kepada sesiapa pasal hal ini masih tidak comferm lagi, aku hanya mampu tersenyum buat masa ini dan andainya perkara ini tidak benar, dan tak jadi, aku harus redha dan menunggu lagi, dan aku faham serta redha dengan ketentuan ini, ternyata ALlah lebih tahu masa yang sesuai dan apa lebih baik untukku, buat masa sekarang aku hanya mampu menunggu dengan hati yang penuh tanda tanya...
Saturday, March 22, 2014
Hari Istimewa
sajer jer nak nak cakap hari ni adalah hari yang special untuk aku,AlhamduliLLAH sebab Allah telah memberi aku ketenangan setelah Dia mengujiku dengan hebat, ALhamdulillah. So sekarang kembali menyambung Fullmetal Alchemist, hihihi. Anime,anime dan anime, special person pon x paham dengan apa yang aku minat ni. walaupun begitu aku masih ada kawan yang masih memahami dan meminati apa yang aku minat, kalau ikotkan hati, nak jer pergi pinang beliau, hehehe gurau jer, lagipun kitorang ada minat yang sama, x ada lah aku nak rosakkan tali persahabatan aku dengan dia, hahha mesti dia pun ada baca apa yang aku updatekan kali ni, sorry, gurau jer tau, hehehe. Rasa nak citer sikit pasal Fullmetal Alchemist ni (walaupun ramai yang dah tahu) banyak sangat konflik, sampai ada part yang terlampau sedih dan ada part yang terlampau serious, banyak berkisar pasal goverment dan mainan kotor dalam kerajaan, dia, pergh, best. memang layan
Thursday, March 20, 2014
Usia Lagi?!
Ok2 memang ni kali kedua update blog hari ni, terbaik! Memang celaru! memang sakit sangat hati ni!! Aduhai!! Ada yang si belagak mahu menunjuk pandai depan aku, konon memberi nasihat (aku memang tak suka nasihat dari dia, selagi dia masih belagak begitu) Ternyata aku tdak kuat! aku memang ada masalh dengan parent aku, aku memang dalam dilema lagi dengan sikap parent aku yang selalu meperanak kecilkan aku, sentiasa mengongkong, menghala telunjuk terhadap apa yang perlu dan apa yang tak perlu aku buat, sedangkan aku sudah matang untuk memilih jalan aku sendiri! Menjemput aku untuk ke sesuatu tempat, menjadi masalah bila aku menolak, sentiasa kena mengikut, sekaki, aku sudah besar, sampai bila aku harus mengikuti semua hal ini?! Argh! Bila aku harus keluar dari kelompok yang membuat aku terkongkong ini! Ya Allah, percepatkanlah jodohku Ya Allah, Engkau tahu niat aku dan Engkau tahu sebabnya, percepat jodohku agar InsyaAllah aku terkeluar dari golongan anak yang menderhaka ya Allah. Hanya ini jalan yang aku tahu YA Allah, Nescaya bercambah rezki dariMu Ya Allah, Aku terlalu meyakini ini ya Allah. Amin~ Aduh Ya Allah berilah aku ketenangan dalam menghadapi segala ini Ya Allah.... Aku hanya kuat bila aku dalam redhaMu Ya Allah.. Berilah redhamu itu kepadaku Ya Allah... aku mohon tenang dariMU Allah...
Usia?
Apakah aku ini 23? Atau aku 22? Erm mungkin 21? Ataupun aku ini 16??? Sentiasa dilayan seperti anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Dulu sudah terjadi namun kini masih terjadi. Bila harus aku dilayan sebetulnya? Bila harus aku dilayan seperti mana sepatutnya? Mengapa harus dikongkong sebegini rupa? Ternyata dikongkong ini amat menyakitkan dan memalukan, aku bukan budak kecil. Hah? Memang pernah aku aku dilayan seperti mana sepatutnya, namun untuk sedikit hal saja. Mengapa tidak aku dibebaskan, dibuka rantainya, dibuang kurungannya disaat aku memilih jalanku? Aku ini bukan sikecil bodoh yang jalannya mahu diajar sedikit dan sedikit. Aku sudah matang dalam memilih jalan hidupku, aku sudah tahu mana yang baik dan mana yang buruk untuk diriku. Sampai bilakah aku harus menanti saat aku bebas menjadi remaja. "PapaMami nak kau rasa zaman remaja kau, sebelum kau kahwin. Selepas kau kahwin kau dah tak dapat nak rasa dah" HA HA HA! Lakonan terbaik! Bukan niat menjadi durhaka, tapi kata-kata itu sepertinya hanya disebut diangin lalu saja, bila masa aku mencuba melayani saat remajaku, ada saja yang mereka utuskan "12.00am- balik! dah lewat macam ni pon tak balik lagi, kau ingat kau dah besar kau boleh suka-suka kau nak balik pukul berapa? Kau ingat kau besar kau dah tak perlu ikot cakap ibu bapa?!" memang bahagia bila mendapat SMS dari parent sebegini rupa. Erm, bila masanya mahu menghayati "ZAMAN REMAJA" bila "SMS PENUH KASIH SAYANG" selalu diutus setiap kali aku keluar, setiap kali aku bersama rakan, berilah aku ruang seperti yang dilakonkan dalam babak mematangkan anak tadi. AAARRGGHHH!!! Aku hanya manusia biasa, aku juga punya hati dan perasaan, aku juga ada rasa sakit, aku juga manusia, aku juga mahu ada ruang masaku sendiri! namun aku sentiasa tersenyum walau aku dalam banyak kesakitan, walau aku punya masalah tapi bibir aku tetap ukir senyuman disaat aku bersama rakan dan seseorang yang istimewa untukku, itu lemah aku, dan disini tempat aku meluahkan segalanya..
Wednesday, March 19, 2014
Kelam Kabut
Pearg! kelam kabut jer rase kehidupan ni beberapa hari ni, kerja tak banyak, namun perasaan serabut tu macam bertimbun je, aku tak tau kenapa, seperti ada yang tak kena satu dua hari ini. Fikiran rasa bercelaru, Alhamdulillah, mungkin ni ujian dari Allah, sifatku yang sentiasa tenang dan selalu tersenyum mungkin telah buat aku jadi sedikit ingkar kepadaNya, ini adalah cara Dia untuk kembalikan aku untuk dekat denganNya. Aduhai, semakin bertambah waktu, terasa semakin kelam, dan semakin gelisah. Dan terdetik juga, adakah aku adalah insan terbaik untuk menjadi seorang yang bergelar suami.. Atau aku masih lagi di takuk lama, dan masih perlu banyak mencari pengalaman dalam membentuk diri menjadi seorang insan yang bertanggungjawab. Aku ternyata terasa kurang yakin, kurang yakin untuk menjadi suami yang mampu membimbing seorang yang bergelar isteri. Apakah dia jodohku? itu juga sentiasa terngiang-ngiang di benakku, kerna aku rasa aku bukan yang terbaik untuknya. Kemurungan ini membuatkan aku banyak berfikir, dan membuatkan aku bimbang dan berfikir panjang untuk membuat sesuatu keputusan. Aku yakin ada sesuatu yang Maha Pencipta ingin sampaikan kepadaku, kerna Dia Maha Tahu, dan sudah dicatat apa yang bakal ku lakukan nanti. DushDush! Sedarlah wahai Encik Patung! Banyak perkara bakal berlaku, aku kena kuat!! aku mampu harungi ujian Allah ni!! Go Encik Patung Go!!!
Saturday, March 15, 2014
Hobiku Kepelikanku
Aku ada hobi plek skit sekarang, benda ni walau pun baru tapi boleh dikira sebagai dah lama lah sebab dah makan tahun dah perkara ni berlaku. Bila malam menjela, aku akan keluar dengan motosikalku, aku akan terus menuju ketempat biasa aku selalu pergi. Kat situ adalah restoran yang menyediakan shisha, dan disitu tempat aku melepak dan menghabiskan waktu malamku. Kadang-kadang sampai ke 3 atau 4 pagi. Ada kala aku menemani kawanku menyedut asap shisha disitu, itu bukan gangguan bagiku, sebab bagi shisha ni langsung tidak busuk seperti rokok, dan kawanku tidak merokok, hanya bershisha sahaja. Ops, bukan itu yang aku nak ketengahkan, sebenarnya kawan aku akan pulang jauh lebih awal dari waktu aku pulang, dan diwaktu ini, datanglah sifat aku yang sedikit pelik. Hanya berbekal segelas air, aku akan memerhati gelagat-gelagat pelanggan distu, sebab kebanyakan yang datang adalah berperangai pelik. Perkara tersebut aku lakukan dengan tidak risaukan pekerja disitu, sebab pekerja disitu semua sudah menjadi kawan aku, hahaha.. kesemua pelanggan disitu ada perangai yang berbeza, ada yang datang hanya untuk bergaduh dengan pasangan, ada yang nak berbual dengan bersuara lantang, ada juga yang datang macam aku (stalker), ada yang datang nak menyedut shisha, ada yang datang nak bercakap besar hahaha, ada yang berlagak nak mengajar pekerja kat situ lah, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang aku konon-konon minat tengok bola EPL kat situ,sedangkan aku kurang amek port bola Inggeris, sedangkan bola Malaysia jer aku layan (but anime is always is the first in the list), haha. Benda2 tu selalu menjadi penghibur malamku, kadang-kadang aku akan pulang selepas aku menolong diorang mengemas direstoran tu, hahaha Bushbush!! aku ni penyebok juga, namun aku ni senyap jer, haha.. Kalau kawan aku tak datang, aku cool saja lepak sorang-sorang kat situ. walaupun sampai pukul 3 atau 4... hahhaa
Subscribe to:
Posts (Atom)













