Hanya Renungan
merenung bukan bermakna lalai, tapi merenung mencari sebuah jawapan
Wednesday, March 19, 2014
Kelam Kabut
Pearg! kelam kabut jer rase kehidupan ni beberapa hari ni, kerja tak banyak, namun perasaan serabut tu macam bertimbun je, aku tak tau kenapa, seperti ada yang tak kena satu dua hari ini. Fikiran rasa bercelaru, Alhamdulillah, mungkin ni ujian dari Allah, sifatku yang sentiasa tenang dan selalu tersenyum mungkin telah buat aku jadi sedikit ingkar kepadaNya, ini adalah cara Dia untuk kembalikan aku untuk dekat denganNya. Aduhai, semakin bertambah waktu, terasa semakin kelam, dan semakin gelisah. Dan terdetik juga, adakah aku adalah insan terbaik untuk menjadi seorang yang bergelar suami.. Atau aku masih lagi di takuk lama, dan masih perlu banyak mencari pengalaman dalam membentuk diri menjadi seorang insan yang bertanggungjawab. Aku ternyata terasa kurang yakin, kurang yakin untuk menjadi suami yang mampu membimbing seorang yang bergelar isteri. Apakah dia jodohku? itu juga sentiasa terngiang-ngiang di benakku, kerna aku rasa aku bukan yang terbaik untuknya. Kemurungan ini membuatkan aku banyak berfikir, dan membuatkan aku bimbang dan berfikir panjang untuk membuat sesuatu keputusan. Aku yakin ada sesuatu yang Maha Pencipta ingin sampaikan kepadaku, kerna Dia Maha Tahu, dan sudah dicatat apa yang bakal ku lakukan nanti. DushDush! Sedarlah wahai Encik Patung! Banyak perkara bakal berlaku, aku kena kuat!! aku mampu harungi ujian Allah ni!! Go Encik Patung Go!!!
Saturday, March 15, 2014
Hobiku Kepelikanku
Aku ada hobi plek skit sekarang, benda ni walau pun baru tapi boleh dikira sebagai dah lama lah sebab dah makan tahun dah perkara ni berlaku. Bila malam menjela, aku akan keluar dengan motosikalku, aku akan terus menuju ketempat biasa aku selalu pergi. Kat situ adalah restoran yang menyediakan shisha, dan disitu tempat aku melepak dan menghabiskan waktu malamku. Kadang-kadang sampai ke 3 atau 4 pagi. Ada kala aku menemani kawanku menyedut asap shisha disitu, itu bukan gangguan bagiku, sebab bagi shisha ni langsung tidak busuk seperti rokok, dan kawanku tidak merokok, hanya bershisha sahaja. Ops, bukan itu yang aku nak ketengahkan, sebenarnya kawan aku akan pulang jauh lebih awal dari waktu aku pulang, dan diwaktu ini, datanglah sifat aku yang sedikit pelik. Hanya berbekal segelas air, aku akan memerhati gelagat-gelagat pelanggan distu, sebab kebanyakan yang datang adalah berperangai pelik. Perkara tersebut aku lakukan dengan tidak risaukan pekerja disitu, sebab pekerja disitu semua sudah menjadi kawan aku, hahaha.. kesemua pelanggan disitu ada perangai yang berbeza, ada yang datang hanya untuk bergaduh dengan pasangan, ada yang nak berbual dengan bersuara lantang, ada juga yang datang macam aku (stalker), ada yang datang nak menyedut shisha, ada yang datang nak bercakap besar hahaha, ada yang berlagak nak mengajar pekerja kat situ lah, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang aku konon-konon minat tengok bola EPL kat situ,sedangkan aku kurang amek port bola Inggeris, sedangkan bola Malaysia jer aku layan (but anime is always is the first in the list), haha. Benda2 tu selalu menjadi penghibur malamku, kadang-kadang aku akan pulang selepas aku menolong diorang mengemas direstoran tu, hahaha Bushbush!! aku ni penyebok juga, namun aku ni senyap jer, haha.. Kalau kawan aku tak datang, aku cool saja lepak sorang-sorang kat situ. walaupun sampai pukul 3 atau 4... hahhaa
Friday, March 14, 2014
tersebak seketika
Sorry semalam x der update, haha, ni saya update petang2 ni sebab ada benda yang saya nak kongsi dengan pembaca.
Semalam dalam jam 3.30 pagi (masa tu baru balik dari melepak) terasa mahu singgah di Seven Eleven, nak mencari kad prabayar, tersinggahlah saya disitu.
Ternampak kelibat satu motosikal buruk di belakangnya penuh timbunan kotak yang tersusun rapi.. "MasyaAllah, jam segini masih lagi ada yang mencari rezeki di kaki lima, SubhanaAllah. "terdetik dibenakku, "mungkin pakcik ni baru datang kawasan ni barangkali" bisik hati.
Sedang aku menunggu cetakan prabayar di kaunter Seven Eleven tu, meliar jugak mata mencari kalau ada 'pakcik' yang parkir motosikal didepan tadi, tapi tidak ku nampak. Yang ada disitu hanya seorang makcik tua, aku dan menjaga kaunter itu sahaja.
Lagi menyedihkan,sedang aku melepasi pintu keluar Seven Eleven itu, tekaan aku itu salah, aku ingatkan pakcik, tapi seorang makcik adalah pemilik motosikal cabuk itu, sedang khusyuk melipat kotak di depan kaki lima itu..
Alangkah sebaknya aku, seorang wanita lingkungan 50-an sedang bekerja mencari sesuap nasi pada pukul 3.30 pagi!! AllahuAkbar!! sayu saja aku terasa disaat itu.
"Baru balik kerja nak??" tersentap, makcik itu menegurku yang bertenggek diatas motosikal, kononnya sedang mengisi prabayar. "A'ah makcik" tak semena-mena aku terbohong akibat tersentap dari lamunan,"apa aku cakap ni??" kata hatiku berbicara. Hahaha sempat lagi aku..
Aku gapai sekeping note berwarna merah tertera lambang raja dan angka "RM10" dari slimbag aku, lalu aku berjalan ke motosikal makcik itu, aku berlakon seperti sedang mencari sesuatu, lalu aku meletakkan note RM10 tadi dekat dengan botol air mineral buruk didalam raga motosikal makcik itu, dan aku senyum kepada makcik itu lalu beransur pulang. "haraplah makcik itu perasan duit tu, mintaklah ringan sedikit hidupnya hari ini" hanya itu yang aku pinta dari Allah...
Memang benda ni jarang berlaku delam hidup kita, tapi kita kena sentiasa ingat sesetengah perkara dan sesetengah benda tu walaupun berada dengan kita, tidak semestinya itu adalah rezeki kita, Allah deh tentukan segalanya, jika ada yang memerlukan, Ingatlah, jika kita ada disitu, kitalah yang diutuskan Allah untuk membantu insan yang mungkin dalam kesempitan...
Wah2 dah macam kata2 Tok Adi Penggali Kubur jer, hahaha..
Tuesday, March 11, 2014
Macam macam ragam
Aduhai, teringat dengan kawan-kawan fb yang dipulaukan oleh aku, haha
bukan sengaja dan bukan niat aku untuk memulaukannya, tapi bayangkan, pos didalam facebook, bersepah duit dalam genggaman, haha.. Dah memang aku yakini, memang MLM punyer kerja lah tu... hahah memang always annoying kalau dapat kawan macam ni, tapi lagi stress bila kawan rapat kita yang join benda ni..
Bila melepak, ada antara kawan2 yang nak tenangkan fikiran, but bila ada kawan yg MLM ni jadi no rest at all.. so kawan, aku tak salahkan kalau ko nak MLM atau nak jual kapal terbang sekalipun, anda kena ingat supaya anda tidak menjadi salah satu masalah bagi kawan anda.. hahah dah macam pengacara TV dah aku ni...
wow
sebelum aku lupa, aku sebenarnya malam ni terlalu stress, ada sedikit masalah, walau sedikit namun besar masalahnya, InsyaAllah akan ada cara untuk menyelesaikannya, GOOD LUCK TO ME!!
Monday, March 10, 2014
kembali
Tiba-tiba aku menjadi rapat dengan seseorang yang tidak ku kenal rupanya, suaranya.
Namun setakat ini mampu untuk aku nyatakan bahawasanya dia telah berjaya memujuk jiwaku untuk kembali melakar cerita didalam blog ini.
Dia juga seorang blogger, dan mungkin aku tidak se'popular' dia.. namun blog yang diupdate olehnya memang membuatku terhibur lantas membawa aku khayal dalam blognya...
NO!! dia bukan blogger jiwang dude, yang jiwang hanye aku sahaja, dia jenis yang funky!! aku suka caranya, memang sejujurnya minat kami ada persamaan... hahaha nothing to say, but aku berminat dengan cara dia bersahabat dengan aku.. hahaha
anime.. anime is the most important in my life right now, actually my work not the the way for me to forget all anime in my life.. haha
Tuesday, November 20, 2012
cicirnya sebuah mutiara
mutiara itu indah,
perlu selalu digilap,
dibelai dan dimanja,
itu yang aku laksanakan...
tapi tetap jua permata itu semakin pudar,
semakin hilang serinya,
namun aku tetap tersenyum,
kerna aku hanya tahu dia adalah permataku..
TIDAK!!!!
permata itu teah tercicir,
tercicir dan sedang cuba menyinari seorang insan,
yang tidak pasti menjadi pemiliknya,
aku terdiam kerna aku tahu
aku tidak mampu memaksa sebuah permata,
datang kepadaku kembali....
yang aku tahu hanya satu,
dalam duka sedih yang hiba,
aku cuba untuk menggilap sebuah permata lama
yang tersimpan didalam kamar jiwa,
aku akan gilap sehingga ia mampu menyinar,
dan mampu untuk memberi kebahagiaan,
dan aku cuba untuk tidak mencicirkannya,
selagu permata itu mampu memberi sinar kepadaku....
Sunday, September 30, 2012
dinding
cinta umpama dinding yang perlu dilakar setiap masa, diwarnakan setiap masa agar terserlah warna dan keindahan seninya agar tidak pudar warnanya... Bimbang jika pudar lakaran warnanya, akan datang orang lain untuk cuba mengindahkan dinding yang telah menjadi canvas kita...dan masa itu, terkapailah kita merebut dinding yang dulunya milik kita....
Subscribe to:
Posts (Atom)







