Hanya Renungan

Hanya Renungan
merenung bukan bermakna lalai, tapi merenung mencari sebuah jawapan

Sunday, December 14, 2014

Masa Untuk Melalot (bahagian 1)

Haaaa
 Disaat aku melalui kiekejaman masa dengan bertonggeng terbalik, terguling-guling, dan terlompat pon sudah, ni adalah masa untuk aku melalot sikit kat blog ni, hehehe

 Tak payah risau lah, bukan melalot benda yang tak ada faedah,hahahaha aku ada lah nak bincang sikit pasal something yang aku minat ni,

 Aku ni seorang yang betol2 minat kan anime, anime ni dah macam sebati lam hidup aku, tetapi ada juga sesetengah jenis anime yang aku tak minat., contohnya hentai, jenis yang robotik skit tu memang tak berapa nak tengok sangat lah. ada juga jenis anime yang mampu buat aku daripada tak minat jadi minat, horror/thriller memang aku tak minbat, tapi ada satu ni anime ni memang buatkan aku jadi minat, tajuk crita dia Tokyo Ghoul, adalah satu kenalan FB aku yang kenalkan, tengok terus melekat, but crita ni memang tak banyak episode, dan anime ni ending dia tergantung (maybe nak masuk musim kedua yang ntah bile ntah nak keluar). but cerita ni memang terbaik lah... aku crita skit kisah anime ni, dia ni cerita pasal seorang budak lelaki (Kineki) yang suka pada seorang gadis (Rize) yang selalu lepak kat satu cafe ni, Rize ni sebenarnya bukan manusia, tapi sejenis makhluk yang digelar Ghoul, Ghoul ni adalah sejeni makhluk yang hanya makan darah dan organ manusia sahaja, dan makanan/minuman yang hanya boleh diminum oleh Ghoul adalah kopi sahaja.

 Dalam Kineki tidak sedar, dia sudah menjadi target Rize untuk menjadikanya santapan. Rize menggunakan kepakarannya untuk menjerat Kineki untuk dijadikan santapan kerana Rize tahu Kineki memang menggilainya. pada satu malam Kineki hampir berjaya menjadi santapan oleh Rize, namun begitu, Rize berjaya dibunuh oleh satu makhluk Ghoul yang lain (aku lupe dah sapa yang bunuh Rize), dalam masa yang sama, Kineki juga hampir mati.

 Dalam tak sedar, Kineki telah diselamatkan oleh seorang dokter yang dalam masa yang sama adalah tauke cafe yang dia selalu lepak tu( tak silap aku lah), beberapa hati kemudian Kineki dibenarkan pulang (masa dia sakit tu dia kat hospital lah kot, ataupun klinik tak silap aku). dia berasa terlampaulah lapar.. Dia cuba makan makanan yang diberi oleh kawannya, namun keadaan semakin menambahkan konflik kepada Kineki apabila dia tak mampu makan makanan2 tersebut.

 Sini aku skip sikit, nak dijadikan cerita, kebanyakan organ dalaman Kineki dah ditukar dengan organ Rize, disebabkan kecederaan yang teruk, dan disebabkan itu, Kineki dengan automatiknya telah menjadi Half Ghoul. Rupa-rupanya dokter yang menyelamatkan dia tadi adalah Ghoul jugak rupanya, tapi jenis vegetarian la kan ( vegetarian ni dia makan manusia jugak, tapi jenis yang makan manusia yang bunuh diri, tak menyerang orang sesuka hati).

 Kehidupan Kineki berubah 360darjah, dia hanya mampu minum kopi dan bila terlalu lapar saja dia akan makan "bekalan" yang disimpan, iaitu potongan2 organ manusia,  dia tak sampai hati untuk makan manusia...

 Dalam kehidupan dia yang sudah mula berubah itu, Kineki mula bekerja di Cafe tadi bersama-sama beberapa Ghoul vegetarian yang lain termasuk ada satu awek Ghoul ni yang selalu jugak lah tolong Kineki ni nama dia Touka. Seterusnya kalau korang nak tau penghujung ceritanya yang tergantung tu, rajin2 tengok sendirilah k..

 hehehe  dalam post akan datang aku cube lalotkan anime lain plak, hehehe syok plak aku type, x pasan panjang plak kan, hahahah rajin2 lah kamuorang baca ya.. hehehe

Thursday, December 11, 2014

LAMANYA!!!

Peargh!!!!
 Lama sangat dah ni x update blog ni, hahahaha, sebuk sangat, dah lima bulan tak sempat nak update, sorry la followers dan readers sekalian, hahaha tak sengaja...

 Namun begitu, Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk aku update  blog ni.. Terlalu banyak kerja dalam masa lima bulan lepas.Ternyata kesibukan ini aku aku membantu membantu keluarga dalam meringankan sedikit beban papaku,

 Walaupun keadaaan kewangan selalu menjadi masalah dalam keluarga aku, namun untuk lima bulan kebelakangan ini, terlalu besar masalahnya, ternyata ini adalh ujian dari Allah. Namun aku berbangga dengan keluarga aku yang tidak pernah mengeluh dengan ujian dari Allah ini..

 Aku juga baru dapat siapkan satu album satu pengantin yang luar biasa peramahnya, haha.. Tapikan.... sekarang dah tak banyak sangat kerja... Dah datang dah satu perasaaan bosan, hahaha Aduh, macam mana la tiba-tiba datang perasaan bosan ni, hahaha

Untuk sahabat maya aku yang terserlah misterinya (Edo Hayra), hahaha sorry Edo, tak sempat nak update, sekarang baru ada masa, lepasni, akan cuba curi masa untuk update, InsyaAllah.. Tau, Edo pon banyak sibuk sekarang.. hahahah

Friday, June 6, 2014

Giveaway Jun by Syira Lokman





try lah kite same2 meriahkan Giveaway Jun ni... tapi ada syaratnya... click untuk maklumat selanjutnya~

Monday, June 2, 2014

Wow terlalu lama

Peargh!!
memang ternyata terlalu lama aku tidak mengemaskinikan blogku ini, haha tak prasan pulak.. sebulan sudah.. haha.. terasa bosan lalu ku nukilkan lagi apa yang tersimpan di benakku, perkara ini aku ceritakan, kerana ada satu sahabatku yang seakan mahu mengetahui sesuatu dibalik sesuatu.. Erm, aku tidak akan menanyakan kenapa dia mahu tahu pasal ini.... "cerita random pasal cinta".. aku bakal ceritakan kisah aku bertemu seseorang yang bakal aku nikahi, itu saja, maybe no first love story today.. hahaha

***********************************************************************
 Pada suatu petang,  aku terasa mahu jogging sambil mengelamun dalam kawasan tempat aku belajar. Ternyata ini baru masuk minggu kedua aku dalam semester akhir, (ditempat aku belajar ada 2 semester aja, heheh). terlihat kelibat ramai junior yang sedang beriadah merata-rata.. Tiba-tiba " abang senior!" aku pandang blakang..Oooo rupanya junior aku baru mula berjogging bersama seorang kawannya. Aku hanya senyum, aku memang jenis yang tidak banyak bercakap sangat.. "abang nama cipot ek??" dia tanya aku tentang nama gelaranku.. aku senyum lalu aku betolkan.. "Sedot bukan Sipot". dia seakan malu sedikit. aku teruskan jogingku
 Beberapa hari aku berjogging bersama dia, ternyata terserlah sedikit keperibadan dia, periang, clumsy, dan bertanggung jawab.. kitorang seperti sedikit rapat... Dia senang dengan cara aku... namun aku tidak terfikir bahawasanya aku akan jatuh cinta dengannya, aku hanay menganggap dia seorang kawan kepadaku..
 Pada satu malam yang agak stress bagi aku, sedang aku baring di tilam 2 tingkat dalam dorm aku sambil aku SMS ceritakan masalah aku kat dia (ternyata masalah itu mengganggu konsentrasi aku untuk belajar pada masa itu). Dia seakan memahami aku... dan dia seakan tahu betapa perit aku rasakan menanggung masalah itu pada malam itu.. lalu dia menalifon aku.. lalu terpacul dari bibirnya mengatakan sesuatu yang membuat aku terpaku dan terkedu.... "awak, saya tak mau awak stress macam ni, saya sayang awak, saya suka bila tengok awak senyum.. kalau awak sedih macam ni, macam mana saya nak tengok senyuman awak.." aku terpaku.. ternyata benih cinta terus bercambah.. dan kitorang meneruskan hubungan kami sehingga sekarang, ternyata x ada yang lamar antara satu sama lain, tiba2 terus bercinta, hahaha, kelakar, namun itu hakikatnya... haha... harap cerita ini memberi sesuatu kepada sahabat aku yang mahukan cerita random pasal cinta ni.. hahah

Friday, May 2, 2014

Terlintas lalu teringat

Peargh.... Tika dan saat ini aku masih lagi melaksanakan kerja, ternyata sesuatu yang sedikit membawa tekanan dan kepenatan.. 2.20 pagi, haha, masih belum keluar aku ini... Terasa mahu keluar seketika untuk menenangkan fikiran.. Tiba-tiba aku teringat saat aku bersama dia dulu, masa aku dibangku sekolah.. ternyata dia adalah wanita pertama yang mengajar aku erti cinta dan erti jatuhnya air mata duka..

***********************************************************************
 Sebelumnya aku sudah bercinta namun cinta yang tiada cinta, hanya berhubungan tanpa perasaan, kerna aku masih tidak mengenali cinta... Di satu hari yang cukup memenatkan aku di sekolah.. ternyata aku seorang yang sedikit sibuk... dalam keadaan serabai aku melalui kelas dia yang saat itu tiada guru dikelasnya.. aku berpaling kepadanya, ternyata dia memandangku lalu senyum kepadaku, aku menggelabah dan teruskan berjalan... ternyata aku masih gugup dalam bercinta disaat itu... After school hour, aku dah pack barang dalam beg aku, dan aku perlahan-lahan berjalan keluar.. "Patung, Kejap!" aku menoleh... owh rupanya I.S yang memanggil.. aku menunggunya untuk berjalan sama-sama untuk pulang.. "Nampak penat jer hari ni" dia katakan padaku sambil tertunduk.. (kitorang tidak pernah berbual pandang mata jika situasi itu tidak memerlukan aku dan dia memandang, kecuali saat aku dan dia study dan bercerita tentang madah dan cinta). "Penat sikit dari biasa, kenapa?" aku menyambung perbualan. "kalau ye pun, tak payah lah muka sampai serabai macam tu, kelakar plak tengok" sambil I.S ketawa kecil. "Memang serabai sikit hari ni" aku tersenyum. aku menghentikan langkah. dan biar dia setapak kedepan lalu..." I.S! Pandang sini kejap" kataku, Dia toleh sambil menunjukkan reaksi wajah tertanya-tanya. Belum sempat dia membuka mulut, aku sudah mulai dulu menyatakan sesuatu sambil aku pandang tepat kematanya yang penuh cahaya... "I.S tau tau, saat Patung penat tadi Patung pandang I.S, kurang sikit penat Patung, senyuman I.S memang mampu membawa pelangi dalam hati Patung" sambil aku senyum. I.S senyumlalu sedikit ketawa dan pegang erat buku teks ditangannya.. "Patung ingat ni sampai bila-bila, kalau saat Patung sedang dalam penat, sedang dalam letih, Patung bayanglah wajah I.S, dan I.S akan hilangkan penat Patung tu.. Ikhlas... sampai bila-bila..." ternyata katanya itu memberi aku satu tamparan... dan ternyata sampai sekarang aku masih lagi teringatkannya saat aku kepenatan dan keletihan.. dan ternyata dia akan kurangkan penatku... dan aku sentiasa ingat satu kata darinya yang sentiasa buat aku menitiskan air mata.. "Patung.... Jika suatu hari kita sudah tidak bersama, walau dalam apa-apa situasi sekalipun, I.S nak Patung tau yang I.S akan sentiasa merindui Patung, dan I.S nak Patung pejamkan mata saat Patung teringatkan I.S, sebeb I.S nak Patung tau disaat Patung terpejam, masatu I.S juga sedang pejamkan mata untuk bertemu Patung... sebab jika tiada jodoh untuk kita, cinta Patung tetap akan sentiasa tersisa di hati I.S..." dan ternyata aku sudah jatuhkan ai mataku saat sekarang ini, saat aku mengukir warkah ini...

Friday, April 18, 2014

Terkisar sebuah waktu

Hari tu aku ada post pasal detik bahagia untuk ku... ERM... nothing happens... aku masih menunggu, ternyata Allah tahu apa yang terbaik untuk aku, ternyata Allah masih lagi mahu menguji kesabaranku, dan Alhamdulillah aku terima dengan hati yang tabah, aku redha dengan apa yang telah Kau rencanakan kepadaku Ya Allah.. aku hanya kerdil, terkadang mata ini tercurah dan berkaca dek ujian dariMu ya Allah, namun aku tetap sabar, Aku tahu Allah mAhu yang terbaik untukku, aku simpan tangisan ini sendiri, tidak akan ku kongsikan kesedihan ini, ternyata aku masih kuat untuk menerima ujian ini dari penciptaku Maha Besar Allah.. hanya disini terlakar segala apa yang aku rasakan, kerna aku tahu sahabat maya mampu mendalami perasaanku yang terkadang dalam sukar dan sedetik dalam bahagia... terima kasih segalanya......

Tuesday, April 8, 2014

Khabar Yang Tercipta

Tipulah kalau aku kata benda yang bakal aku ceritakan ni tak akan membahagiakan aku.. Minggu lepas sedang aku berborak dengan papa aku, ternyata satu tajuk telah menyentapkan aku. " Tengoklah dalam hari selasa minggu depan papa ngan mummy akan pergi 'ikat' Dia untuk abang ". Terkesima aku seketika,ternya aaku terasa sunguh bahagia, ternyata aku dah lama berharap benda ni, tapi bajet masa dengan kos tidak mencukupi, ternyata parent aku bercadang untuk menaja aku untuk hal ini... Berbunga, bahagia, ria, dan banyak lagi perasaan yang menerjah kedalam jiwa aku ini. perkara yang aku harapkan bakal menjadi kenyataan. TETAPI... aku tidak harus harapkan sebuah gunung, maksud aku, aku tidak [erlu berharap melebih-lebih, ternyata perkara ini masih tidak sahih lagi. dan aku tidak harus bercerita tebal-tebal kepada sesiapa pasal hal ini masih tidak comferm lagi, aku hanya mampu tersenyum buat masa ini dan andainya perkara ini tidak benar, dan tak jadi, aku harus redha dan menunggu lagi, dan aku faham serta redha dengan ketentuan ini, ternyata ALlah lebih tahu masa yang sesuai dan apa lebih baik untukku, buat masa sekarang aku hanya mampu menunggu dengan hati yang penuh tanda tanya...