Hanya Renungan

Hanya Renungan
merenung bukan bermakna lalai, tapi merenung mencari sebuah jawapan

Tuesday, December 23, 2014

Menakutkan?!

 Kali ni aku ada satu cerita suspen sikit, memang buat aku rasa tak sedap badan jer sampai sekarang. Macam ni, aku nak ceritakan, benda ni berlaku pukul 2.30 pagi tadi, memang masalah betol tummy aku ni buat perangai, mintak diisi, aku pon macam biasa lah, hidupkan motosikal aku, aku bawak sampai ada satu kedai makan ni, agak terkenal jugak lah kan, tapi malas lah aku nak cakap kedai mana, biarlah rahsia.. hahaha (sempat lagi gelak).

 Aku macam biasa lah order je lah apa aku nak makan, tiba-tiba datang satu mamat ni, dia keja kat situ lah kan, dia tanya aku, "bro, polis ek?" aik??!! aku nak santap tak senang, tiba-tiba datang plak mamat ni tanya macam tu... "tak lah, keja kampung-kampung jer" sambil aku menyambung makan aku.

 Ish!! Mamat ni nak borak lah plak, aku niat nak makan habis, pastu aku nak belah, Dia cerita pasal diri dia, lastly dia cakap kat aku, dia orang Thailand, tak ada IC.. HAH patut lah tanya aku polis ke imigresen ke ape.. halah.. aku dah mula rasa tak best dah, Dia tanya numb phone aku, aku kasi bisneskad aku lah kat dia, pastu dia miss call lah macam biasa.

 Akhirnya dia dah berkelakuan pelik, dia shoot gambar aku ngan phone dia, HAIK?! apahal dia ni, Aku memang tak selesa lah dengan kelakuan mamat tadi, memang buat aku tak sedap duduk, aku bayar makan aku, aku terus belah lah dari kedai tu sebab jam dah kul 4.00 pagi, kedai tu pon dah nak tutup, thats why aku amik kesempatan, bayar dan lari, sebab kalau tak, mamat tu akan duduk kat meja aku sampailah bila pun aku tak akan tahu...

 korang tak payah tanya lah, memang aku dah tak ada keinginan dan kehendak dah aku nak pergi kedai tu, memang x akan terpijak, dan aku akan try block number dia lam sematfon aku, haih, memang buat aku serabut, sampai sekarang pun aku masih lagi rasa tak selesa. Terima kasih mamat yang buat aku tak selesa... i owe u 1~

-errrrr baru habis layan anime Hyouka (22 episode), nanti post akan datang aku cerita sikit lah pasal anime ni~
-errrr feel ngantok yang amat, hehehe(tu pon nak cakap ke?!) walaupon hati gundah gulana...
-terasa betapa bodohnya...kenapa aku kasi numb aku kat mamat tu???!!!!!




Wednesday, December 17, 2014

Elok Lah Sangat!

Haaaa, meh nak citer skit benda yang berlaku dalam hidup kita seharian, Boleh dijamin lah kan bahawasanya benda ni memang akan ada terjadi dalam hidup kita.. Hadoi.....

 Ok, macam ni, ada lah petang semalam, nak dijadikan cerita, aku pergi dekat satu pasaraya yang agak terkenal lah jugak kat Malaysia ni kan.. pasaraya tu memang dekat jer dengan rumah aku, barang basah, barang kering, barang dapur, barang keperluan, makanan, pakaian dan banyak lagilah bak hang.. (sempat lagi iklan skit... hahaha).

 Aku naik kat tingkat atas pasaraya ni (pasaraya ni ada satu tingkat je belas atas) untuk cari USB Flash Drive (alah pendrive jer). Nengok punye nengok ok lah aku jumpe lah benda yang aku nak tu, diletakkan dalam almari cermin lah kan. ada satu awek ni dia keje jaga barang2 elektronik (macam cashier la kot) kat situ bersama dengan 2 orang lagi pekerja yang sama bidang lah dengan dia mungkin. Aku tunjuk lah "Pendrive Kingston 16GB" tu yang aku nak beli, (keperluan kerja) awek tadi pon bagi lah dekat aku, aku pon bratur lah kat kaunter sebab aku nak bayar pastu aku nak belah la kan, jalan punyer jalan, salah seorang dari kawan awek tadi datang kat aku," Encik, encik tak boleh bawak barang ni melolong macam tu jer encik, benda ni kami yang buat resit dan letak kat kaunter depan tu encik!" katanya. Hamboih!! Garang bebeno minah ni, pastu selamber lah aku jawab " Puan....(walaupun muke muda macam taraf cik, tapi sebab perangai macam tu, aku panggil puan~) ni kawan puan yang bagi saya pegang, pastu bayar kat kaunter, salah ke saya puan..." hahaha ape lah macam2 jer ngan minah ni, Dia terus jer kat awek tadi, marah2 awek tu, kesian plak aku bila tengok, tapi aku tak ambik port sangat lah. Pastu minah tadi datang dengan muka penuh 'senyuman' bagi kat aku resit untuk aku bayar barang aku tadi, "Dah sampai bendera ke minah ni sorang.. Ish, adab tak der" tu lah yang hati aku cakap.

 Ok, habis part 1, tiba masa untuk aku bayar, terpampang indah "kaunter ekspres 10 barang maximum" dekat kaunter yang aku nak bayar tu.. Dush! Sentap gak aku, orang depan aku ni siap troli, penuh menggunung, Cantek sangat perangai dia, Hahaha. Panas jugak lah aku ni kan, tapi sabar jer lah, TIBA-TIBA "Whoi Excuse Me Mister Selfish! Tak pandai baca ke?! ni KAUNTER EKSPRESS BARANG UNDER 10! SAYANG PAKAI KEMEJA TAPI TAK PANDAI BACA!"  orang blakang aku (muka ala-ala datin) sound direct jer, hahaha! Satu barisan gelakkan dia, Ibarat dibogelkan dikhalayak ramai, si laki depan aku dengan trolinya keluar barisan n p bratur kat kaunter biasa, hahahhaa.. Macam2 aku jumpa orang dalam tempoh masa yang singkat, hahaha, entah apelah diorang punya perangai.

 Seorang Cashier Rimau, sorang lagi pengguna/pelanggan yang pentingkan diri sendiri (Sellfish) mentang2 kaunter ekspress tak ramai, seronok pulak dia dengan troli datang.. halahhhhhh~ hahaha

 Semua ini always terjadi dalam hidup kita, kena pandai handle lah kan.. sebab Allah bagi kita akal, bagi kita Hati untuk membuat sesuatu keputusan, betul tak.. hahaha

- apsal aku banyak gelak posting kali ni??
- pasal melalot (bahagian 2) haaaa korang tunggu jer lah,nanti ada lah tu, haha
- ada pembaharuan sikit kat sini, harap tak mengganggu readers sekalian :-)





Sunday, December 14, 2014

Masa Untuk Melalot (bahagian 1)

Haaaa
 Disaat aku melalui kiekejaman masa dengan bertonggeng terbalik, terguling-guling, dan terlompat pon sudah, ni adalah masa untuk aku melalot sikit kat blog ni, hehehe

 Tak payah risau lah, bukan melalot benda yang tak ada faedah,hahahaha aku ada lah nak bincang sikit pasal something yang aku minat ni,

 Aku ni seorang yang betol2 minat kan anime, anime ni dah macam sebati lam hidup aku, tetapi ada juga sesetengah jenis anime yang aku tak minat., contohnya hentai, jenis yang robotik skit tu memang tak berapa nak tengok sangat lah. ada juga jenis anime yang mampu buat aku daripada tak minat jadi minat, horror/thriller memang aku tak minbat, tapi ada satu ni anime ni memang buatkan aku jadi minat, tajuk crita dia Tokyo Ghoul, adalah satu kenalan FB aku yang kenalkan, tengok terus melekat, but crita ni memang tak banyak episode, dan anime ni ending dia tergantung (maybe nak masuk musim kedua yang ntah bile ntah nak keluar). but cerita ni memang terbaik lah... aku crita skit kisah anime ni, dia ni cerita pasal seorang budak lelaki (Kineki) yang suka pada seorang gadis (Rize) yang selalu lepak kat satu cafe ni, Rize ni sebenarnya bukan manusia, tapi sejenis makhluk yang digelar Ghoul, Ghoul ni adalah sejeni makhluk yang hanya makan darah dan organ manusia sahaja, dan makanan/minuman yang hanya boleh diminum oleh Ghoul adalah kopi sahaja.

 Dalam Kineki tidak sedar, dia sudah menjadi target Rize untuk menjadikanya santapan. Rize menggunakan kepakarannya untuk menjerat Kineki untuk dijadikan santapan kerana Rize tahu Kineki memang menggilainya. pada satu malam Kineki hampir berjaya menjadi santapan oleh Rize, namun begitu, Rize berjaya dibunuh oleh satu makhluk Ghoul yang lain (aku lupe dah sapa yang bunuh Rize), dalam masa yang sama, Kineki juga hampir mati.

 Dalam tak sedar, Kineki telah diselamatkan oleh seorang dokter yang dalam masa yang sama adalah tauke cafe yang dia selalu lepak tu( tak silap aku lah), beberapa hati kemudian Kineki dibenarkan pulang (masa dia sakit tu dia kat hospital lah kot, ataupun klinik tak silap aku). dia berasa terlampaulah lapar.. Dia cuba makan makanan yang diberi oleh kawannya, namun keadaan semakin menambahkan konflik kepada Kineki apabila dia tak mampu makan makanan2 tersebut.

 Sini aku skip sikit, nak dijadikan cerita, kebanyakan organ dalaman Kineki dah ditukar dengan organ Rize, disebabkan kecederaan yang teruk, dan disebabkan itu, Kineki dengan automatiknya telah menjadi Half Ghoul. Rupa-rupanya dokter yang menyelamatkan dia tadi adalah Ghoul jugak rupanya, tapi jenis vegetarian la kan ( vegetarian ni dia makan manusia jugak, tapi jenis yang makan manusia yang bunuh diri, tak menyerang orang sesuka hati).

 Kehidupan Kineki berubah 360darjah, dia hanya mampu minum kopi dan bila terlalu lapar saja dia akan makan "bekalan" yang disimpan, iaitu potongan2 organ manusia,  dia tak sampai hati untuk makan manusia...

 Dalam kehidupan dia yang sudah mula berubah itu, Kineki mula bekerja di Cafe tadi bersama-sama beberapa Ghoul vegetarian yang lain termasuk ada satu awek Ghoul ni yang selalu jugak lah tolong Kineki ni nama dia Touka. Seterusnya kalau korang nak tau penghujung ceritanya yang tergantung tu, rajin2 tengok sendirilah k..

 hehehe  dalam post akan datang aku cube lalotkan anime lain plak, hehehe syok plak aku type, x pasan panjang plak kan, hahahah rajin2 lah kamuorang baca ya.. hehehe

Thursday, December 11, 2014

LAMANYA!!!

Peargh!!!!
 Lama sangat dah ni x update blog ni, hahahaha, sebuk sangat, dah lima bulan tak sempat nak update, sorry la followers dan readers sekalian, hahaha tak sengaja...

 Namun begitu, Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk aku update  blog ni.. Terlalu banyak kerja dalam masa lima bulan lepas.Ternyata kesibukan ini aku aku membantu membantu keluarga dalam meringankan sedikit beban papaku,

 Walaupun keadaaan kewangan selalu menjadi masalah dalam keluarga aku, namun untuk lima bulan kebelakangan ini, terlalu besar masalahnya, ternyata ini adalh ujian dari Allah. Namun aku berbangga dengan keluarga aku yang tidak pernah mengeluh dengan ujian dari Allah ini..

 Aku juga baru dapat siapkan satu album satu pengantin yang luar biasa peramahnya, haha.. Tapikan.... sekarang dah tak banyak sangat kerja... Dah datang dah satu perasaaan bosan, hahaha Aduh, macam mana la tiba-tiba datang perasaan bosan ni, hahaha

Untuk sahabat maya aku yang terserlah misterinya (Edo Hayra), hahaha sorry Edo, tak sempat nak update, sekarang baru ada masa, lepasni, akan cuba curi masa untuk update, InsyaAllah.. Tau, Edo pon banyak sibuk sekarang.. hahahah