Hanya Renungan

Hanya Renungan
merenung bukan bermakna lalai, tapi merenung mencari sebuah jawapan

Sunday, April 15, 2012

selama untukmu

mencintai bukan berarti memiliki,
namun tidak memiliki tidak bermakna tiada kerinduan,
setiap alun gerak dihafal,
kerana ia mampu menjadi cerpen bagi puisi gelap sang cinta

keinginan aku hanya untuk bersamamu,
namun itu tidak bermakna aku harus disampingmu
cinta tidak kejam seperti sang kecewa luahkan,
cinta mengajar manusia untuk belajar untuk menjadi pemuja di kejauhan

mungkin tangan sang dewi cinta pernah menyentuhu,
namun tidak tercapai untuk ditagihku,
kerana kalungan asmara yang terukir hanya indah nian seketika

bersumpah akan menjaga dan mencintaimu,
itu hanya mampu untuk aku luahkan,
kerna sumpah itu membenarkan jiwaku untuk berdiri,
berdiri untuk memandang iris mu..

aku bukan dewa yang mampu memukau jiwamu,
memukau untuk mencintaiku,
menyediakan apa yang kau perlu,
aku hanya pengemis yang hanya mampu merangkak,
menadah sebuah kesetiaan,
agar kau mengerti,
bahawa cintaku bukan hanya sekeping asmara,
cintaku adalah ukiran seni,
seni sebuah cinta,
bertatahkan sebuah kerinduan,
disulami kasih sayang,
digilap dengan titisan asmara,
dihias dengansinar bahagia

ingatlah,
aku bertahan dan bernafas untuk menjadi pemuja cintamu...

Saturday, April 14, 2012

jiwa memberontak!!

sudah bosan untuk membaca warkahnya

aku bukan anak kecil yang harus selalu dikendong dan dipapah kemana saja,

aku perlu merasakan apa yang remaja lain rasakan, bimbang tidak sempat..

aku hanya minta FAHAMI AKU, JADIKAN AKU SEPERTI REMAJA YANG LAIN YANG ADA MASANYA UNTUK BERSAMA SAHABAT, JANGAN TERLALU MENGKONGKONG, TERNYATA AKU SUDAH REMAJA, BERIKAN MASA CUTI UNTUK AKU BERSAMA RAKANKU.

aku x pernah minta lebih, aku bukan ingin menjadi anak yang derhaka, aku hanya minta ruang dari dia..

tolonglah, jangan labelkan aku sebagai anak yang tidak pernah fikir pasal ibu bapa, sedikit ini saja yang aku inginkan...

aku bukan anak kecil, aku bukan kanak2 yang perlu ditentukan segalanya mengikut telunjukmu, aku juga punya cita2, aku juga ada keinginanku untuk berumah tangga, janganlah tentukan masa untuk aku tentukan hal ini juga.

sahabatku juga ada yang belajar, ada yang bekerja, dan mengaggur pun ada juga, namun tidak mereka merasa seksa batinnya seperti aku, harap dia paham...

aku bukan derhaka... aku hanya ingin mengemis peluang darimu... aku bukan anak kecil.... bukan...

Wednesday, March 14, 2012

warkah kembali

ingin hati berdentum sendiri
terfikir ruang jiwa tidak didengari
terasa hati ingin bersendiri
merasa suka duka biar dihati

terdetik butiran salju dipipiku
teringat ruang untuk mengadu
bimbang juga tiada yang tahu
mengusir sukar didalam kalbu
bercerita bahagia namun tiada tamu

terusik jiwa buat seketika
merajuk hati tidak bersuara

namun datang sedetik bicara
meminta berita warkah si hamba
lalu ku pergi ruangan disana
mencoret kembali bahagia dan duka

ternyata diri tidak ketahui
ada insan yang selalu kesini
membaca coret sekeping hati

kini warkah mula kembali
bercerita tentang perasaan hati
agar terkongsi rasa disanubari
kerna diketahui ada yang memahami.....

Thursday, August 11, 2011

kenapa kau datang?

wahai mimpi ngeri semalam,
tahukah hadirmu memberikan aku harapan,
aku sudah ada yang memiliki,
namun hadirmu sering menggugat jiwaku,

sedetik hadirmu dalam ingatan,
membuat setiap malamku redup,
seluruh cerita cinta bertandang,
kisah cinta yang duka,

saat kau menduakan aku,
saat aku butuh indah cintamu,

sesungguhnya kau melukai,
namun aku tetap mengingatimu,
walau sudah ada yang menemani,
membelaiku disaat ini,

tolonglah pergi,
kerna aku tidak memerlukanmu lagi.

Friday, July 1, 2011

menjiwa

hati kadang-kadang mudah berubah. Walau hati berubah itu tidak bermakna cinta akn turut berubah. Cinta yang suci sukar beralun dengn hati yang mudah berbolak balik. Cinta bukan hati, dan hati bukan cinta, tapi cinta lahir dari hati yang ikhlas walaupun tidak mudah mencari cinta yang mampu membahagiakan, namun percayalah cinta itu ada. Bibir hanya pandai menipu dengan keegoan, tapi cinta dari hati melahirkan rasanya dimata. agar ia segar dan sentiasa bersih.

Monday, April 11, 2011

kau untukku

wahai cinta,
tersusun rapi indah kehadiranmu,
sejuta bahagia kau ukir untuk aku,
tersergam indah senyummu,
tercalit indah ukiran puisi cinta dihatiku,
hanya kerna kau yang mula menyempurnai hidupku.

wahai cinta,
kau lemparkan segulung pengorbanan,
kau curahkan sejuta ikhlas untukku,
kau sapu setiap titis kedukaanku,
agar kau dapat sentiasa senyum bersamaku.

wahai cinta,
limpah pengorbananmu sukarku tadahi,
cintamu terlalu tinggi,
sukar untuk aku melukakan hatimu yang suci,
tidak aku tinggalkanmu disaat aku sepi,
kerana aku hanya mampu berjanji.

wahai cinta,
memang kau dicipta indah untukku,
kau sentiasa memberi sinarmu,
hanya doa mampu ku ku kirimkan untukmu,
wahgai dewi cinta sejuta warna limpahan kalbu.

wahai cinta,
tidak aku akan meninggalkanmu,
kerna aku tahu kau hanyalah untukku......

Friday, April 1, 2011

derhakakah aku?

setelah wang aku perolehi, aku berkejar membelikan tiket untuk aku ke kuala Lumpur, hanya berniatkan ingin berjumpa sahabat-sahabat disana...

aku selitkan kata-kata bonda yang terluah dua tiga hari lepas ditelingaku, "kalau kau ada duit, aku tak halang kalau kau nak pergi KL", aku rasakan yang kata-kata itu membenarkan aku untuk ke sana, dengan bahagia aku pergi membeli tiket....

dalam tidak ku jangka, bonda sudah mula menggunakan kuasa SMS untuk memarahi dan mencemuh aku, katanya "kau dah kecikkan ati aku ngan bapak kau, apa guna kau pergi KL? maklumlah kau dah besar, mak bapak kau anggap tak penting, sampai hati kau titeskan airmata ibumu sendiri!"..

apa semua ni? apakah aku salah dengar dulu? atau hati ibuku memang selalunya suka berbolak balik? ADUH!!!! derhaka ke aku? dulu bonda membenarkan aku ke sana, dan sekarang ungkapan keras itu yang bonda luahkan, kenapa sebelum aku dapat duit bonda tidak luahkan perkataan seumpama itu? sehinggakan bonda tidak sanggup meratapi wajah aku, besarkah dosa aku?

bingungnya aku..... manusia memang sentiasa salah aku tau.... tapi wahai sahabat maya, aku ingin bertanya, derhakakah aku? sedang aku mengikut kata-kata bahagia bondaku dulu, lalu kini katanya berubah, berdosakah aku?

YA ALLAH BERIKAN PETUNJUKMU SEGERA YA ALLAH!