mencintai bukan berarti memiliki,
namun tidak memiliki tidak bermakna tiada kerinduan,
setiap alun gerak dihafal,
kerana ia mampu menjadi cerpen bagi puisi gelap sang cinta
keinginan aku hanya untuk bersamamu,
namun itu tidak bermakna aku harus disampingmu
cinta tidak kejam seperti sang kecewa luahkan,
cinta mengajar manusia untuk belajar untuk menjadi pemuja di kejauhan
mungkin tangan sang dewi cinta pernah menyentuhu,
namun tidak tercapai untuk ditagihku,
kerana kalungan asmara yang terukir hanya indah nian seketika
bersumpah akan menjaga dan mencintaimu,
itu hanya mampu untuk aku luahkan,
kerna sumpah itu membenarkan jiwaku untuk berdiri,
berdiri untuk memandang iris mu..
aku bukan dewa yang mampu memukau jiwamu,
memukau untuk mencintaiku,
menyediakan apa yang kau perlu,
aku hanya pengemis yang hanya mampu merangkak,
menadah sebuah kesetiaan,
agar kau mengerti,
bahawa cintaku bukan hanya sekeping asmara,
cintaku adalah ukiran seni,
seni sebuah cinta,
bertatahkan sebuah kerinduan,
disulami kasih sayang,
digilap dengan titisan asmara,
dihias dengansinar bahagia
ingatlah,
aku bertahan dan bernafas untuk menjadi pemuja cintamu...
No comments:
Post a Comment