Hanya Renungan

Hanya Renungan
merenung bukan bermakna lalai, tapi merenung mencari sebuah jawapan

Thursday, February 24, 2011

mimpi

mimpi,
kaku aku merungkai maksudmu,
kadang kau datang dengan indah,
kadang kau datang membawa duka,
kadang kau datang penuh makna,
kadang kau datang hanya kelabu,

mimpi,
walau kau sering menemaniku,
namun tiada dapat aku mengusik bait hadir indahmu,
kau datang menemani tidurku,
agar sunyi beredar,
agar tidurku berteman,

mimpi,
kadang kau coretkan warkah duka,
agar aku kenal erti bahagia,
kadang kau ukir indah suka,
agar perit tidak aku rasa,
kadang kau isi dengan seribu makna,
agar jiwaku yang kosong terisi jua,
kadang kau hanya berdiam,
memahami aku yang kepenatan

mimpi,
tahukah kau,
coretan jelik ini aku ukir untukmu?
kau temaniku,
kau kenal aku,
kau yang tidak pernah mengeluh menemani sepi malamku,

mimpi,
hadirmu aku bahagia,
walau bukan bahagia yang kau isi sentiasa,
tanpa kamu aku tersiksa,


wahai mimpi,
temanilah aku sentiasa,
kerna kamu penuh makna,
kerana kamu jambatan impian...

Monday, February 14, 2011

aku seorang petani

tanah gersang....
hanya ini mampu untuk aku usahakan,
usahakan demi hidup,
penuh caci maki menempa di cupingku,
namunku tekap dengan seribu kesabaran,
kesabaran yang aku percaya akan mengangkatku untuk dijulang,

tanah gersang...
kini kau mula dibasahi hujan,
kini kau tiada lagi kering,
kini aku mampu bercucuk tanam,
aku mampu mengerah keringatku, demi sebutir beras,
sungguhpun kau menguji aku dengan kesabaran,
namun kini aku percaya,
kau mampu membantuku,
kau mampu membayarku dengan hasilmu,
hasil yang mungkin mampu untuk ku bahagikan,


tanah gersang...
kini kau tiada lagi gersang,
kini kau mula menabur bakti,
kini kau mula mengangkatku,
walau bukan sedikit,
aku percaya,
kau mampu membawa aku ke puncak,
puncak yang aku namakan KEJAYAAN....

Wednesday, February 9, 2011

dinar

aduhai malang nasibku,
ingin mengubah nasib hidup,
namun aku terkandas,
terkandas oleh dinar..
mengapa haruh aku jadi begini,
aku hanya ingin mengubah hidupku wahai Pencipta...
bukakanlah pintu hidayahmu,
agar aku dapat mengejar tangga-tanggamu untuk aku mendaki,
mendaki untuk menjadi sebuah boneka yang tempatnya hanya dibawah rentangnya kejayaan..