Hanya Renungan
Tuesday, November 20, 2012
cicirnya sebuah mutiara
mutiara itu indah,
perlu selalu digilap,
dibelai dan dimanja,
itu yang aku laksanakan...
tapi tetap jua permata itu semakin pudar,
semakin hilang serinya,
namun aku tetap tersenyum,
kerna aku hanya tahu dia adalah permataku..
TIDAK!!!!
permata itu teah tercicir,
tercicir dan sedang cuba menyinari seorang insan,
yang tidak pasti menjadi pemiliknya,
aku terdiam kerna aku tahu
aku tidak mampu memaksa sebuah permata,
datang kepadaku kembali....
yang aku tahu hanya satu,
dalam duka sedih yang hiba,
aku cuba untuk menggilap sebuah permata lama
yang tersimpan didalam kamar jiwa,
aku akan gilap sehingga ia mampu menyinar,
dan mampu untuk memberi kebahagiaan,
dan aku cuba untuk tidak mencicirkannya,
selagu permata itu mampu memberi sinar kepadaku....
Sunday, September 30, 2012
dinding
cinta umpama dinding yang perlu dilakar setiap masa, diwarnakan setiap masa agar terserlah warna dan keindahan seninya agar tidak pudar warnanya... Bimbang jika pudar lakaran warnanya, akan datang orang lain untuk cuba mengindahkan dinding yang telah menjadi canvas kita...dan masa itu, terkapailah kita merebut dinding yang dulunya milik kita....
Sunday, September 16, 2012
buku cerita jiwa
Kadang2 kehidpuan yang sentiasa ceria akan merasa sedetik kedukaan yang mampu meredupkan seluruh jiwa,walaupun sukar nak dibayang, keperitan itu tetap terasa dan meninggalkan satu calar yang amat dalam yang akan sentiasa berdarah dan sukar untuk menjadi parut.
Aku tahu aku insan yang tidak kuat dan aku tahu aku lemah, lemah dengan sebutir cinta yang sudah pudar warnanya. Walau diucap berjuta kali namun aku tetap teguh memuja. Mungkin semua yang membaca akan mengatakan yang aku salah dalam mencipta keputusan, namun aku tetap dengan pegangan aku yang aku akan terus menjadi pemuja yang sering bersyair dan mencipta gurindam dalam mewarnakan semula cinta yang sudah pudar itu.
Aku tidak segagah Tuah mahupun Jebat, namun izinkan aku menjadi laskar cinta yang mampu menepis duka dan menanam seribu kebahagiaan dihatinya, kerna itu mampu aku lakukan untuknya.
Akan aku kerah segala keringatku untuk aku sunting dia menjadi suri hatiku, akanku mencipta bahagia dihatinya untuk kembali mekar dihatiku, dan akan ku berkejar agar dia akan terus berada disampingku agar jatuh bangun aku sentiasa ada dia, dan agar seluruh dunia bersorak dengan kebahagiaan aku dengannya.
Tidak akan aku berhenti berdoa, tidak akan aku behenti melangkah, kerna arah tuju hidupku aku ingin diiringi dirinya......
Thursday, September 13, 2012
tersentuh membaca tentang beliau
Jarang aku membacam cerita2 umpama cerita arwah Yasmin ini, terbaca lalu menyayat hati, tambahan pula aku terview bloqnya, ternyata beliau anak yang baik.... sedih pilu terasa bila membaca tentang beliau... beliau anak yang baik... ternyata tidak mampu memikirkan tentang apa yang dirasai keluarga beliau... sedangkan aku sendiri yang membaca menjadi luluh....
http://www.youtube.com/watch?v=94bGzWyHbu0&feature=relmfu
Sunday, April 15, 2012
selama untukmu
mencintai bukan berarti memiliki,
namun tidak memiliki tidak bermakna tiada kerinduan,
setiap alun gerak dihafal,
kerana ia mampu menjadi cerpen bagi puisi gelap sang cinta
keinginan aku hanya untuk bersamamu,
namun itu tidak bermakna aku harus disampingmu
cinta tidak kejam seperti sang kecewa luahkan,
cinta mengajar manusia untuk belajar untuk menjadi pemuja di kejauhan
mungkin tangan sang dewi cinta pernah menyentuhu,
namun tidak tercapai untuk ditagihku,
kerana kalungan asmara yang terukir hanya indah nian seketika
bersumpah akan menjaga dan mencintaimu,
itu hanya mampu untuk aku luahkan,
kerna sumpah itu membenarkan jiwaku untuk berdiri,
berdiri untuk memandang iris mu..
aku bukan dewa yang mampu memukau jiwamu,
memukau untuk mencintaiku,
menyediakan apa yang kau perlu,
aku hanya pengemis yang hanya mampu merangkak,
menadah sebuah kesetiaan,
agar kau mengerti,
bahawa cintaku bukan hanya sekeping asmara,
cintaku adalah ukiran seni,
seni sebuah cinta,
bertatahkan sebuah kerinduan,
disulami kasih sayang,
digilap dengan titisan asmara,
dihias dengansinar bahagia
ingatlah,
aku bertahan dan bernafas untuk menjadi pemuja cintamu...

Saturday, April 14, 2012
jiwa memberontak!!
sudah bosan untuk membaca warkahnya
aku bukan anak kecil yang harus selalu dikendong dan dipapah kemana saja,
aku perlu merasakan apa yang remaja lain rasakan, bimbang tidak sempat..
aku hanya minta FAHAMI AKU, JADIKAN AKU SEPERTI REMAJA YANG LAIN YANG ADA MASANYA UNTUK BERSAMA SAHABAT, JANGAN TERLALU MENGKONGKONG, TERNYATA AKU SUDAH REMAJA, BERIKAN MASA CUTI UNTUK AKU BERSAMA RAKANKU.
aku x pernah minta lebih, aku bukan ingin menjadi anak yang derhaka, aku hanya minta ruang dari dia..
tolonglah, jangan labelkan aku sebagai anak yang tidak pernah fikir pasal ibu bapa, sedikit ini saja yang aku inginkan...
aku bukan anak kecil, aku bukan kanak2 yang perlu ditentukan segalanya mengikut telunjukmu, aku juga punya cita2, aku juga ada keinginanku untuk berumah tangga, janganlah tentukan masa untuk aku tentukan hal ini juga.
sahabatku juga ada yang belajar, ada yang bekerja, dan mengaggur pun ada juga, namun tidak mereka merasa seksa batinnya seperti aku, harap dia paham...
aku bukan derhaka... aku hanya ingin mengemis peluang darimu... aku bukan anak kecil.... bukan...

Wednesday, March 14, 2012
warkah kembali
ingin hati berdentum sendiri
terfikir ruang jiwa tidak didengari
terasa hati ingin bersendiri
merasa suka duka biar dihati
terdetik butiran salju dipipiku
teringat ruang untuk mengadu
bimbang juga tiada yang tahu
mengusir sukar didalam kalbu
bercerita bahagia namun tiada tamu
terusik jiwa buat seketika
merajuk hati tidak bersuara
namun datang sedetik bicara
meminta berita warkah si hamba
lalu ku pergi ruangan disana
mencoret kembali bahagia dan duka
ternyata diri tidak ketahui
ada insan yang selalu kesini
membaca coret sekeping hati
kini warkah mula kembali
bercerita tentang perasaan hati
agar terkongsi rasa disanubari
kerna diketahui ada yang memahami.....
terfikir ruang jiwa tidak didengari
terasa hati ingin bersendiri
merasa suka duka biar dihati
terdetik butiran salju dipipiku
teringat ruang untuk mengadu
bimbang juga tiada yang tahu
mengusir sukar didalam kalbu
bercerita bahagia namun tiada tamu
terusik jiwa buat seketika
merajuk hati tidak bersuara
namun datang sedetik bicara
meminta berita warkah si hamba
lalu ku pergi ruangan disana
mencoret kembali bahagia dan duka
ternyata diri tidak ketahui
ada insan yang selalu kesini
membaca coret sekeping hati
kini warkah mula kembali
bercerita tentang perasaan hati
agar terkongsi rasa disanubari
kerna diketahui ada yang memahami.....
Subscribe to:
Posts (Atom)