Hanya Renungan

Hanya Renungan
merenung bukan bermakna lalai, tapi merenung mencari sebuah jawapan

Monday, April 11, 2011

kau untukku

wahai cinta,
tersusun rapi indah kehadiranmu,
sejuta bahagia kau ukir untuk aku,
tersergam indah senyummu,
tercalit indah ukiran puisi cinta dihatiku,
hanya kerna kau yang mula menyempurnai hidupku.

wahai cinta,
kau lemparkan segulung pengorbanan,
kau curahkan sejuta ikhlas untukku,
kau sapu setiap titis kedukaanku,
agar kau dapat sentiasa senyum bersamaku.

wahai cinta,
limpah pengorbananmu sukarku tadahi,
cintamu terlalu tinggi,
sukar untuk aku melukakan hatimu yang suci,
tidak aku tinggalkanmu disaat aku sepi,
kerana aku hanya mampu berjanji.

wahai cinta,
memang kau dicipta indah untukku,
kau sentiasa memberi sinarmu,
hanya doa mampu ku ku kirimkan untukmu,
wahgai dewi cinta sejuta warna limpahan kalbu.

wahai cinta,
tidak aku akan meninggalkanmu,
kerna aku tahu kau hanyalah untukku......

Friday, April 1, 2011

derhakakah aku?

setelah wang aku perolehi, aku berkejar membelikan tiket untuk aku ke kuala Lumpur, hanya berniatkan ingin berjumpa sahabat-sahabat disana...

aku selitkan kata-kata bonda yang terluah dua tiga hari lepas ditelingaku, "kalau kau ada duit, aku tak halang kalau kau nak pergi KL", aku rasakan yang kata-kata itu membenarkan aku untuk ke sana, dengan bahagia aku pergi membeli tiket....

dalam tidak ku jangka, bonda sudah mula menggunakan kuasa SMS untuk memarahi dan mencemuh aku, katanya "kau dah kecikkan ati aku ngan bapak kau, apa guna kau pergi KL? maklumlah kau dah besar, mak bapak kau anggap tak penting, sampai hati kau titeskan airmata ibumu sendiri!"..

apa semua ni? apakah aku salah dengar dulu? atau hati ibuku memang selalunya suka berbolak balik? ADUH!!!! derhaka ke aku? dulu bonda membenarkan aku ke sana, dan sekarang ungkapan keras itu yang bonda luahkan, kenapa sebelum aku dapat duit bonda tidak luahkan perkataan seumpama itu? sehinggakan bonda tidak sanggup meratapi wajah aku, besarkah dosa aku?

bingungnya aku..... manusia memang sentiasa salah aku tau.... tapi wahai sahabat maya, aku ingin bertanya, derhakakah aku? sedang aku mengikut kata-kata bahagia bondaku dulu, lalu kini katanya berubah, berdosakah aku?

YA ALLAH BERIKAN PETUNJUKMU SEGERA YA ALLAH!